Senyuman menawan sering kali dikaitkan dengan gigi yang cantik sempurna putih dan bersih.
Memiliki gigi yang putih tidak lah semudah yang disangka kerana tersilap pengambilan produk, anda dan gigi boleh merana buat selamanya. Konsep memutihkan gigi sebenarnya tidak berapa selamat untuk dilakukan secara sendiri (d.i.y) kerana ia melibatkan elemen penting gigi yang boleh terkesan.
Teknik memutihkan memerlukan khidmat dan pengawasan dari pihak profesional. Jika berlaku berlebihan dalam produk pemutihan, gigi boleh menjadi nipis, sensitif dan secara tidak langsung boleh menganggu aktiviti harian ini apabila berlaku tidak keselesaan pada gigi dan mulut.
Melalui produk baharu kesihatan dan kecantikan Philips, Philips Zoom! Whitening ia adalah satu kaedah memutihkan gigi secara selamat dan berkesan kepada 8 kali ganda putih. Philips Zoom! Whitening hanya boleh didapati klinik profesional salah satunya di Smile Express Dental Spa di Bukit Bintang.
Pengenalan Philips Zoom! Whitening dan Smile Express Dental Spa baik untuk mereka yang ragu-ragu tentang pemutihan gigi dan takut ke klinik gigi.
Philips Zoom! Whitening
#1 Proses dimulai dengan sesi rundingan dan pengenalan tentang produk. Gigi kemudian dibersihkan dari segala kotoran (scaling).
#2 Gel pemutih disapu pada seluruh gigi dan memberi reaksi pada bahagian kotor. Proses pemutihan akan bermula apabila lampu LED dipasang.
#3 Proses pemutihan akan berlaku selama 45 minit iaitu 15 minit setiap 3 kali sesi.
Smile Express Dental Spa
Sepanjang sesi pemutihan, pelanggan akan menikmati layanan seperti di spa. Smile Express Dental Spa bukan klinik gigi biasa tapi spa kesihatan. Pelanggan boleh berehat, menonton televisyen dan akan diberikan urutan kaki istimewa. Selain itu, Smile Express Dental juga menawarkan khidmat pick-up untuk pelanggan yang telah membuat tempahan. Perjalanan pelanggan ke klinik disediakan welcome drink dan dihiburkan dengan tontonan TV.
Pelanggan tidak terasa seperti mendapat rawatan pesakit gigi tapi seolah-olah berada di spa mewah!
Harga yang ditawarkan Smile Express Dental Spa untuk sesi pemutihan gigi Philips Zoom! Whitening beserta pakej mewah spa iaitu RM2,750. Maklumat lanjut mengenai spa gigi dan servis boleh kunjungi Facebook Smile Express KL atau laman sesawang http://www.smileexpress.com.my.