Tular di kalangan netizen Malaysia kini tentang penyakit HFMD iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut yang semakin serius dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ramai ibu bapa mula mengambil langkah berjaga-jaga kerana kes penyakit yang dikategori ‘biasa’ pada orang dewasa ini sebenarnya boleh menempah maut pada bayi dan kanak-kanak.
Apa itu HFMD?
Ia penyakit kaki, tangan dan mulut yang sering menyerang kanak-kanak melalui jangkitan. Mereka yang terkena jangkitan akan mengalami ulser dalam mulut dan ruam pada kaki serta kaki. HFMD terjadi dari 2 virus iaitu virus Coxsackie dan virus Enterovirus. Walaupun ia dikatakan seperti penyakit berjangkit biasa, padah maut boleh berlaku jika tidak diatasi secara awal.
Virus ini mudah merebak jika antibodi pesakit lemah terutamanya kanak-kanak dan bayi.
Komplikasi yang akan berlaku dihidrasi, kekurang air dan tenaga kerana pesakit akan mula hilang selera makan, kerap sakit perut, demam tidak kebah dan muncul ruam kudis kemerah-merahan pada kulit.
Pengawasan dari ibu bapa sangat penting kerana jangkitan virus ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Lebih lagi jika anda menghantar ke pusat asuhan, sekolah atau anda sendiri kerap ke tempat awam. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus.
Wanista kongsikan 3 cara pencegahan awal bagi mengatasi virus merbahaya ini pada anda dan juga anak-anak.
#1 Cuci tangan
Amalkan tabiat mencuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun. Jadikan ia sebagai langkah awal sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak. Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.
Didik anak anda untuk membasuh tangan serta menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
#2 Sediakan hand sanitizer
Dapatkan losyen, krim, gel atau semburan hand sanitizer untuk anda dan anak. Kerap sapukan pembersih pada tangan dan juga pada barang yang ingin disentuh. Bukan pada tubuh sahaja, semburkan juga antiseptik pada kawasan rumah, alat mainan dan kelengkapan rumah.
#3 Elak ke tempat awam atau sesak
Kurangkan aktiviti beriadah di tempat awam terutamanya di kawasan taman, karnival atau parti yang sesak dengan orang ramai. Gantikan segala aktiviti dirumah sahaja serta awasi pergerakan dan aktiviti anak-anak. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anak-anak memakai pakaian bersih dan elakkan dari sentuh orang lain.
Ingat ya mereka yang kurang patuh dan menjaga kebersihan lebih berisiko dijangkiti HMFD. Jadilah ibu bapa dan orang dewasa yang bertanggungjawab pada anak-anak.