Kasut yang ketat adakalanya mengganggu ketangkasan aktiviti harian kita. Sudahlah tidak selesa, ada kes sampai buat kaki jadi melecet dan luka-luka kerana impak geselan daripada pemakaian kasut yang berasaskan material keras.
Untuk pengetahuan semua, manusia memiliki lebih 100 billion saraf dan boleh kata, keseluruhan saraf utama yang menyokong fungsi tubuh manusia itu terletak di bahagian telapak kaki. Adalah sangat mustahak untuk seseorang memakai dan mendapatkan kasut yang berkualiti agar kesihatan terjamin dan kekal sejahtera.
Seperti Asics yang banyak menghasilkan sepatu mesra pengguna untuk si aktif sukan, jenama asal Jepun itu baru-baru ini ada mengeluarkan satu lagi koleksi sepatu larian hebat diberi nama Asics Gel-Kayano 25 yang pastinya lengkap dengan rekaan bergaya serta manfaat teknologi FlyteFoam™ Lyte dan FlyteFoam™ Propel Technologies untuk keselesaan pemakai. Kedua-dua ciri teknologi itu mampu bergabung untuk meningkatkan perlindungan serta kestabilan pemakai biarpun perlu berlari beribu batu untuk jangka masa berterusan tanpa menyebabkan kesakitan atau kelenguhan.
Tonton Video Pengenalan Asics Gel-Kayano
https://www.youtube.com/watch?v=4HOpPiDzeeM
Berbalik kepada cerita tentang titik saraf tadi, kaki merupakan habitat urat saraf yang paling utama justeru, pakailah kasut yang memiliki tapak lembut serta daya kekuatan yang mampu menyokong hentakan tumit dan permukaan telapak kaki -terutamanya saat melakukan aktiviti lasak seperti sukan olahraga.
Asics Gel-Kayano 25 adalah pilihan yang ideal kerana reka bebntuknya bertepatan untuk aktiviti lasak bahkan material yang digunakan untuk menghasilkan kasut ini berlandaskan ciri yang berupaya mlentur dengan elastik mebngikut pergerakan dan bentuk kaki secara selesa. Ditambah pula dengan plaform gel, kaki bakal berasa lega dari hujung jari hingga ke pangkal tumit.