Rententan kisah penceraian aktor Bollywood, Arjun Rampal dan bekas isteri Mehr Jessia dikatakan berpunca dari Sussanne Khan iaitu bekas isteri Hrithik Roshan. Nampak tak permainannya dekat situ?
Namun semua itu hanyalah khabar angin, ini dikatakan Arjun Rampal dan Sussanne Khan rapat sebagai rakan kerja. Baca: Main Kayu Tiga? Arjun Rampal Dan Isteri Bercerai Setelah 20 Tahun Bersama.
Berbalik semula dengan kisah Hrithik Roshan dan Sussanne Khan, ramai yang membuat andaian tentang hubungan baru mereka. Dikatakan walapun selepas bercerai Hrithik masih terlihat kerap bersama Sussanne.
Lebih menguatkan andaian tersebut, apabila mereka berdua masih bercuti bersama dan menghadiri pelbagai acara majlis filem dengan anak-anak. Berbeza dengan pasangan bercerai lain yang lebih suka mengambil haluan sendiri.
Peminat sentiasa mengharapkan semula penyatuan pasangan ini, namun dari sumber terdekat memberitahu Hrithik dan Sussanne tetap berhubungan demi dua anak lelaki mereka – Hrehaan dan Hridaan. Untuk kembali sebagai status ‘suami isteri’ agak mustahil kerana masing-masing berdikari dan berjiwa bebas.
Selepas banyak kisah hitam berlaku dalam rumah tangga dan penceraian, Hrithik dipuji kerana tetap memberi apa jua sokongan pada bekas isterinya tidak kira dalam pilihan kerjaya atau kehidupan. Begitu jua Sussanne yang tetap berdiri teguh disebelah Hrithik ketika bekas suaminya itu ditimpa musibah.
Sayang kan? Mereka berdua adalah loving couple di Bollywood suatu ketika dahulu.