Semua hasil kerja pelukis hebat telah diabadikan di muzium, tetapi tidak lagi.
Karya seni Vincent Van Gogh kini dibawakan dengan cara yang sangat bergaya melalui koleksi sneakers Vans x Van Gogh Museum, yang dicipta oleh Vans dan Van Gogh Museum di Amsterdam.
Empat karya pelukis Belanda yang akan diilhamkan termasuk Skull, Sunflower, Almond Blossom dan potret diri Van Gogh. Sebagai tambahan kepada sneakers, koleksi itu menawarkan item lain seperti baju, jaket, hoodie, backpack dan topi besbol.
“Kami gembira dengan koleksi Vans x Van Gogh Museum, kerana ia berkaitan dengan misi kami untuk menjadikan kehidupan dan kerja Vincent Van Gogh dapat diakses sebanyak mungkin untuk orang yang menghargai malah memberi inspirasi kepada mereka,” kata Adriaan Dönszelmann, Pengarah Urusan Muzium Van Gogh.
Koleksi Vans x Van Gogh Museum akan mula berada pada 3 Ogos 2018 melalui laman web Vans. Sebahagian daripada hasil penjualan akan digunakan untuk membantu pemeliharaan muzium Van Gogh.
Ternyata koleksi Vans x Van Gogh Museum ini mendapat respons positif dan keterujaan dikalangan peminat sneakers. Pada mereka koleksi kali ini unik dan halus ilham daripada karya Van Gogh sendiri.
Serius semua cantik dan penulis sendiri teruja mahu milikinya.