Melihat objek dengan mata kasar, segalanya nampak normal dan tidak sedikit pun memberi impak kepada mental kita. Pernahkah kamu terfikir bagaimana rupa sesuatu objek apabila dilihat pada jarak yang paling dekat dengan menggunakan mikroskop? Untuk meleraikan persoalan kamu, Wanista hidangkan lapan imej yang mungkin menggugat dan mencabar jiwa kamu.
#1 Tempat Tidur
Kita memang tak nampak, tapi realitinya kita semua tidur dengan binatang mikro yang ini. Inilah hama yang membiak di atas tilam dan sarung bantal kita. Lebih lama korang tak tukar cadar, selagi tulah benda ni akan merangkak berkeliaran dan makan sisa kulit mati dan peluh korang! Eww!
#2 Cacing Hydrothermal Vent
Suka mandi laut? Jaga-jaga kerana kaki kamu sebenarnya sakan memijak cacing-cacing ini. Habitat Hydrothermal Vent adalah di dasar laut. Bayangkan… kamu bukannya nampak pun sebab cacing ni terlalu kecil untuk dilihat dengan mata manusia!
#3 Lidah Manusia
Sama seperti lidah kucing, lidah manusia juga punyai gerigi-gerigi halus dipanggil filiform papillae yang berfungsi menyokong deria rasa serta bantu hancurkan makanan. Ha, sekarang rasa geli tak bila tengok pelakon filem Hollywood french kissing? LOL
#4 Ulat Sampah
Nampak macam lawak, tapi inilah imej ulat sampah atau maggot bila dilihat guna mikroskop. Cuba kalau ulat ni bersaiz besar, mesti lintang-pukang korang lari kan? Geli!
#5 Tisu Tandas
Ni bukan ayam carik untuk makan dengan Soto tu ye… Ini imej tisu tandas yang korang selalu kesat bahagian kemaluan lepas buang air tu. Geli ke tidak?!
#6 Gigi Manusia
Kita nampak elok je rupa gigi ni kan, tapi secara dekat rupanya permukaan gigi merekah-rekah macam padang pasir musim kering. Mana taknya, dari kecil sampai ke tua guna gigi untuk hancurkan makanan. Tu belum kira kalau ada plak yang melekat dan mengeras pada gigi. OMG
#7 Cacing Pita
Ha, nilah rupa cacing parasit yang hidup dalam usus korang dan dalam perut kebanyakan binatang termasuk lembu, khinzir dan kerbau. Sekali tengok, macam Squidward dalam SpongeBob pun ada juga.
#8 Bulu Mata
Percaya tak sebenarnya ada cacing halus yang hidup di celah-celah akar bulu mata kita? Kita memang tak nampak tapi mikroskop boleh nampak! Sumber makannya adalah protein daripada sisa sel kulit mati dan kuping-kuping kotoran yang melekat.
Jadi apa-apa pun, jangan lupa jaga kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggal kita. Lebih-lebih lagi bagi individu yang mudah sangat kena alergi tu. Semoga perkongsian berilmu ni bermanfaat untuk semua! ❤