Produk mekap semakin hari semakin banyak menempa masuk! Semestinya semua produk buat kita semua rambang mata especially bagi peminat tegar mekap.
Datang sahaja musim baru pasti ada sahaja jenama yang mengeluarkan rangkaian koleksi bersesuaian dengan tema dan season. Pening rasanya nak memilih yang mana untuk dijadikan koleksi baru lebih-lebih lagi bila berkaitan pilihan warna-warna palet eyeshadow.
Seiring dengan itu, Sephora sekali lagi memperkenalkan beberap koleksi khas untuk musim luruh dari jenama-jenama terkemuka kosmetik.
Fokus pada Sephora Fall 2018 ialah dengan membawa konsep berseri-seri yakni glowing dan metalik. Mungkin anda biasa kelihatan glowing pada tulang pipi dengan highlighter. Apa kata kali ini pancarkan variasi kilauan pada kelopak mata.
Wanista pilih tiga palet pembayang mata paling terbaik untuk Sephora Fall 2018. Ketiga produk ini bukan sahaja fokus pada pilihan warna tapi juga keunikan dalam palet mereka.
#1 Kat Von D Alehemist Holographic Palette
Harga: RM136
Walaupun palet Kat Von D hanya menampilkan empat warna tapi ia mempunyai kesan spektrum jika terkena cahaya. Pigmentasi warna palet ini boleh mencipta warna ilusi pada mata dan tulang pipi anda sebagai highlighter.
Palet ini diinspirasikan dari Alchemy iaitu kajian sains kuno yang menghasilkan bahan semulajadi kepada sesuatu yang luar biasa. Seiring dengan itu, formula yang dipakai ialah dari Double Dimension Technology iaitu reakftif mutiara dicelup dalam lapisan prisma.
Anda mungkin lihat ia seperti palet pembayang mata dengan empat warna putih tapi percayalah sejurus terkena cahaya ia memberi impak ilusi berkilat warna merah jambu, biru dan keemasan. Palet unik ini khas pada mereka yang sukakan hasil makeup effect dan kartunis.
#2 Tarte Rainforest of the Sea Sizzle Eyeshadow Palette
Harga: RM145
Gadis feminin pasti terpukau dengan bungkusan palet ini! Tarte memang tidak pernah kalah dalam rekaan bungkusan produk mereka. Palet keemasan berbentuk bulat dengan hiasan glitter biru dan merah jambu ini pasti memeriahkan lagi meja solek anda. Sebelum ini juga Wanista mengangumi rekaan pada palet contouring dan bronze Tarte Park Ave Princess Chisel Palette.
Lapan rona yang ditampilkan juga terdiri dari warna lembut merah jambu dipadankan dengan coklat tanah. Kombinasi ini memudahkan pengguna mencipta gaya mata natural dan juga over the top! Bukan sahaja kaya dengan pigmentasi, kualiti produk diformulasi dengan Vitamin E, minyak kelapa dan sumber tumbuhan laut. Adunan ini bagi memastikan kulit kelopak kekal terhidrasi dan lembut biarpun dioles tebal dengan warna pembayang mata.
#3 Too Faced Just Peachy Mattes Eyeshadow Palette
Harga: RM195
Produk Too Faced terkenal dengan bauan semulajadi, sebagai contoh Too Faced Chocolate Gold Metallic/Matte Eyeshadow Palette yang enak berbau coklat. Tampil pula rangkaian koleksi manis dari buah pic yang sememangnya menggunakan haruman buahan pic.
Tiada glitter? Jangan risau…12 rona matte Just Peachy mampu menyerlah bayangan mata yang ceria dan galak. Formula warna yang tahan lama sehingga 12 jam serta mudah dikemaskan menggunakan berus atau jari. Anda boleh menggunakan warna didalam palet sebagai warna mekap harian.
Apa yang paling penulis suka tentang ketiga-tiga palet diatas ialah ianya bersaiz kompak, rekaan yang simple dan pilihan warna yang mudah untuk membuat apa jua looks mata. Anda boleh cuba, swatches dan dapatkan palet ini di butik Sephora Malaysia seluruh negara atau secara talian sephora.my.