Selain mengamalkan rutin pemakanan yang sihat, isteri kepada pengasas Snapchat, Miranda Kerr juga tidak lari daripada melakukan rejim kecantikan untuk maintain berseri dan merawat wajah.
Sudah mengeluarkan produk kecantikan sendiri, Miranda kerap menggunakan Noni Glow Oil (produk terlaris untuk rangkaian Kora Oragnics) sebagai salah satu rutin hariannya.
“Jika saya mengalami masalah jerawat, saya akan mengimbangi pH kulit saya bersama Noni Glow Oil. Saya mendapati bahawa ia benar-benar membantu, walaupun digunakan semalaman sahaja. Saya sapukan selepas mencuci muka, misting, exfoliating dan pelembap — saya gunakan Exfoliating Cream sendiri sekali setiap dua malam juga, ” jelas supermodel yang miliki lesung pipit ini.
Apa kebaikan Buah Noni aka Mengkudu ini?
Asal Usul
Secara saintifiknya dikenali sebagai Morinda Citrifola, buah mengkudu ini mempunyai banyak nama seperti Indian mulberry, cheese fruit dan great morinda atau buah noni. Buah berwarna hijau ini berasal dari Polynesia, Tahiti, Fiji, Hawaii dan Asia Tenggara kerana tanah gunung berapi mereka dan keadaan iklim sesuai untuk pokok itu berkembang. Buah mengkudu mempunyai banyak faedah yang luar biasa yang selama ini tidak diketahui, lebih-lebih lagi dari jus. Untuk membuat jus, buahnya perlu ditapai, pulpanya diekstrak dan disiram.
Jus Mengkudu
Tahukah anda bahawa buah mengkudu dan jusnya mempunyai lebih daripada 170 nutrien? Ya. Ia tinggi Vitamin C, potassium, xeronine dan anti-oksida. Jus mengkudu juga merupakan sumber fitonutrien yang kaya dengan sebatian anti-virus dan anti-bakteria diketahui membaiki kerosakan sel dan meningkatkan imuniti.
Bagaimana Jus Mengkudu Beri Manfaat Pada Kulit?
Merupakan favorite Miranda Kerr, jus mengkudu dikenali sebagai power-packed yang bukan hanya untuk kulit, tetapi untuk kesihatan umum juga. Ini sebabnya…
Kaya dengan antioksidan, jus ini dikenali untuk mengekang kesan negatif radikal bebas, yang diketahui merosakkan sel kulit seseorang dalam jangka masa panjang.
Ia juga mengandungi asid lemak berkhasiat yang membantu membina membran sel yang sihat dalam kulit dan membantu membuang toksin berlebihan.
Ia mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang yang membantu menjaga kulit lebih-lebih lagi yang berjerawat, rambut dan tubuh seseorang bebas daripada jangkitan.
Jus buah mengkudu juga dikenali untuk meningkatkan sistem imun dan menjaga tubuh yang kuat dan sihat.
Kerana mengamalkan jus mengkudu maka Miranda Kerr menghasilkan produk dari buah mengkudu sendiri.
Terhasil Noni Glow Face Oil
Daripada ekstrak buah mengkudu, baik untuk sifat penyembuhan dan keremajaan. Kualiti antioksidan yang kuat dalam buah noni menggabungkan lebih daripada 100 vitamin dan mineral, termasuk jumlah vitamin A dan C. Antioksidan kuat ini melindungi kulit anda dari kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh radikal bebas, yang sentiasa menekankan kulit kita dan boleh membawa kepada tanda-tanda penuaan.
Noni Glow (10 ML) akan berada di Sephora pada bulan Ogos dengan harga runcit RM93 sahaja.