Sebelum anda berikan bunga kepada seseorang, ketahui maksudnya terlebih dahulu.
Hampir semua daripada kita ketahui bunga mawar melambangkan cinta (ia juga melambangkan keghairahan), tetapi adakah anda tahu apa maksud bunga yang lain yang biasa kita lihat seperti tulips, kekwa, matahari dan sebagainya?
Lebih dari seratus tahun yang lalu, pasangan Victoria mengamalkan floriografi, yang merupakan “bahasa bunga.” Mengikut amalan ini, setiap spesis (dan kadang-kadang, warna) bunga mewakili makna lambang. Oleh itu, apabila seorang lelaki ingin memberi bunga mawar, itu bermakna dia benar-benar menginginkannya, dan jika seorang wanita menghantar bunga cyclamen kepada lelaki itu, bermakna dia mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Itulah sebabnya orang zaman Victoria mengambil bunga dengan serius, di mana setiap kedai juga teliti dengan makna setiap bunga.
Konsep ini mungkin kelihatan kuno hari ini, tetapi jika anda ingin membuat bunga anda istimewa (sama ada untuk kekasih, ibu anda, atau sahabat), pilihlah bunga yang menyatakan perasaan anda untuk orang itu. Dan sebelum anda menghantar sejambak kepadanya, tulis dahulu kad nota sebagai sentuhan manis.
Orkid
Bunga orkid memberi makna kekaguman dan innocent.
Tulip
Antara bunga kesukaan ramai, katanya tulip bermaksud keyakinan, caring dan cinta.
Kekwa
Atau dalam bahasa inggeris dipanggil chrysanthemum. Bunga kekwa mempunyai mesej ringkas iaitu kejujuran dan kesetiaan.
Camelia
Bunga yang cukup cantik ini sangat disukai oleh orang zaman Victoria. Menurut mereka, bunga ini memberi erti “nasib saya ada di tangan anda.” Agak tersirat bukan?
Daisy
Juga memberi makna yang sama seperti bunga orkid iaitu innocent dan suci.
Matahari
Bunga matahari bukan bunga sembarangan, ia memberi simbol kuasa dan kekaguman kepada seseorang. Untuk konteks persahabatan dan perhubungan, matahari melambangkan kesetiaan dan ikatan yang kuat antara dua individu.
Lavender
Dari aroma yang indah kepada warna ungu, sejambak lavender sentiasa akan dihargai, lebih-lebih lagi ia menyampaikan mesej kepuasan.
Mawar Merah
Bunga rasmi Hari Kekasih ini melambangkan cinta dan keinginan.
Jasmine/Melati
Bunga jasmine/melati dikaitkan dengan cinta. Jasmine juga melambangkan kecantikan dan keghairahan. Dalam sesetengah budaya, jasmine mewakili penghargaan dan nasib baik.
Calla Lily
Bunga ini secara teknikal bukanlah sebahagian daripada keluarga lily. Calla lily dinamakan sempena perkataan Yunani untuk cantik – calla. Makna paling biasa yang dikaitkan adalah kesucian dan kesetiaan, sering digambarkan dengan imej Virgin Mary.
Peony
Makna peony yang biasa termasuk romantis, kemakmuran, kekayaan, kehormatan, belas kasihan dan kesabaran.
Kalau nak menziarahi orang di hospital, nak beri bunga yang mana satu?