Bila bercakap tentang minyak wangi, terlalu banyak ada pasaran dengan pelbagai pilihan aroma – floral, kayu, buah, makanan serta sampaikan yang bau kucing juga ada. Pelik tapi siapa sangka taste setiap manusia lain-lain.
Pada yang masih mencari haruman sesuai, mungkin koleksi Kate Spade baharu ini terbaik.
Baru saja masuk pasaran Malaysia, Kate Spade mengalu-alukan dua wangian ke dalam keluarga mereka – Live Colorfully dan Walk On Air. Kedua-duanya mengetengahkan aroma bunga yang sempurna, merangkumi semangat belia yang riang dan sofistikated dalam satu sama lain.
Live Colorfully
Kate Spade percaya bahawa semuanya lebih baik dalam warna. Oleh itu untuk Live Colorfully, menetapkan mood penuh semangat menerusi gabungan buah mandari untuk top note, di tengahnya ada sedikit campuran bunga gardenia dan air kelapa, menjadikan ia padanan yang cukup unik. Personaliti untuk Live Colorfully pula penuh warna-warni (lihat sahaja pada pembungkusan), berani, optimis, ceria, canggih dan abadi.
Harga tertera ialah 100ml RM 373, 50ml RM 297 dan 30ml RM 220.
Walk On Air
Kate Spade melancarkan Walk On Air, haruman baru yang diilhamkan oleh New York City. Campuran buah yang menyegarkan, yang mengimbangi nota bunga putih dari bunga lily dan spring linden blossom, menjadikan ia satu haruman floral yang moden, sesuai untuk wanita bekerjaya.
Hanya menawarkan harga mampu milik – 100ml RM 373, 50ml RM 297, 30ml RM 220.
Koleksi sudah boleh dapati di Aeon Mid Valley, Isetan KLCC, Isetan One Utama, Sogo KL, Parkson KLCC dan Robinsons Four Season.