Kamu akhirnya bertemu calon pasangan hidup dan memutuskan untuk mengakhiri zaman bujang. Menghadiri acara keramaian yang dianjurkan pihak keluarga itu biasa… namun, peritnya hendak menjawab soalan, “Bila kamu nak ada anak?”.
Secara logiknya kita semua tak dapat meramal masa depan dan bagaimana hendak tahu yang kamu sudah cukup bersedia untuk menjadi ibu bapa yang baik? [Motherhood.com.my] ada kongsikan beberapa tips berguna bagaimana kamu hendak tahu yang kamu dan pasnagan sudah betul-betul bersedia untuk jadi ibu bapa.
#1 Pasangan
Apa yang pasangan kamu fikir? Betul ke mereka nak anak? Berapa ramai? Bila? Kalau kamu belum pernah merancang tentang kehamilan sebelum berkahwin dulu, inilah masanya. Pastikan yang kamu berdua sudah bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk merancang keluarga baharu!
#2 Matlamat Hidup & Karier
Apakah matlamat kamu dan pasangan? Apa yang kamu mahu dalam hidup? Tentang karier kamu? Adalah kamu merancang untuk fokus terhadap kerjaya dan bina empayar besar dalam dunia korporat? Kamu rasa ada cukup masa untuk membesarkan anak nanti? Semua persoalan ini penting untuk diteliti sebelum beralih ke langkah seterusnya untuk mendapatkan bayi.
#3 Status Kewangan
Untuk masa depan anak yang cerah, duit adalah kayu pengukur paling penting. Dari lampin pakai buang hingga ke susu formula serta perbelanjaan sekolah dan akademiknya, kamu pasti terkesan dengan bil yang melambung tinggi. Berapa jumlah gaji kamu dan pasangan sekarang? Ada pendapatan sampingan untuk tampung perbelanjaan tambahan? Kaji sama ada ekonomi kamu dan pasangan sudah betul-betul stabil.
#4 Sistem Sokongan
Nak besarkan anak bukan senang. Perlu banyak pergorbanan masa dan tenaga. Adakalanya kamu juga perlukan masa untuk rehat. Oleh itu, sistem sokongan yang ideal adalah penting supaya kamu berasa seronok biar perlu berhempas pulas.
#5 Diri Sendiri
Terdapat banyak persolan yang perlu diteliti sebelum merancang kelahiran. Keadaan keliling sesuai tak untuk kamu ada anak? Kamu rasa mental sudah cukup kuat? Fizikal sudah cukup kebal? Hakikatnya, kamu bakal kehilangan waktu tidur yang sempurna untuk beberapa tahun akan datang. Bayi juga adakalanya sangat menguji tahap kesabaran seseorang.
Sila pastikan mental dan fizikal kamu sudah ampuh terlebih dahulu, barulah kamu bisa bertahan sekaligus menjadi yang terbaik buat keluarga kecil baharu kamu itu nanti!
Masih ada kekeliruan? Sila rujuk [story.motherhood.com.my].
Selamat beramal! ❤