Penggemar minum susu biasa pasti sudah mencuba pelbagai hasil tenusu yang biasanya didatangi dari lembu, kambing, unta atau tumbuhan kekacang.
Namun kini terdapat pula susu alternatif iaitu dari susu kuda. Jangan terkejut, susu kuda sudah diminum dan dijual secara meluas beberapa negara di Eropah dan Asia. Bayi juga boleh minum susu kuda sebagai gantian susu ibu. Susu kuda dikenali sebagai mare milk dalam bahasa Inggeris, ia merupakan susu dari kuda betina.
Sama seperti susu yang lain, susu kuda juga mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan anda. Malah ia dikatakan lebih baik dari susu lembu. Melalui kajian mendapati susu kuda dapat mengurangkan masalah penghadaman, penyakit kulit seperti ekzema dan dermatitis.
Menarik! Jadi apa lagi yang boleh susu kuda berikan pada kesihatan tubuh badan kita?
#1 Kaya dengan pelbagai nutrisi
Komponen yang terdapat dalam susu kuda tinggi Vitamin A, kumpulan Vitamin B, C dan E. Ia lebih tinggi dari susu lembu serta mengandungi potassium, zat besi, kalsium serta magnesium. Kalori susu kuda rendah berbanding susu lembu dimana ia rendah lemak dan bagus untuk mereka yang sedang berdiet.
#2 Nyah toksik
Selain itu, ia mampu merangsang hati untuk membantu tubuh mengeluarkan toksik dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung tubuh lebih cergas dan sistem imunisasi lebih kebal. Bagi anda yang mudah rasa letih dan stress boleh cuba konsum susu kuda.
#3 Menyembuh radang usus
Satu bukti dalam kajian mendapati susu kuda mampu mengurangkan masalah radang usus kolitis. Mereka yang kerap mengalami cirit-birit atau ketidakselesaan perut disebabkan jangkitan bakteria jahat. Anda boleh tambah susu kuda sebagai satu kaedah meredakan sakit perut terutamanya bab pencernaan.
#4 Mencantikkan kulit
Bukan sahaja memperbaiki masalah kulit ekzema dan dermatitis, susu kuda sumber pelembab kulit wajah anda. Khasiat pelembab dari susu kuda boleh mengurangkan tanda penuaan dan mencegah sebarang pertumbuhan jerawat.
Namun susu kuda mengandungi laktosa lebih tinggi dari susu lembu. Mereka yang alah dengan laktosa tidak sesuai untuk minum susu kuda.