Stalk Instagram ‘It’ Girl Irene Kim, terus terasa nak mewarnakan rambut. Percayalah apa sahaja warna yang wanita lewat 20-an letak dirambutnya nescaya terbaik tapi kalau kita… hurmmm sendu sangat.
Tapi itu tidak bermaksud kamu langsung tidak boleh mewarnanya cuma ada beberapa faktor perlu dititik berat. Kita tidak mahulah bila dah siap, rambut kamu haru tidak seperti yang diinginkan.
Sila Bawa Foto Sebagai Rujukan
Ya, ini sangat penting tapi selalu dilupakan. Penulis pernah ada pengalaman, pelanggan disebelah sekadar menyebut warna yang dia mahukan tanpa sebarang foto rujukan. Dan bila dah siap, ia tidak seperti yang dimaksudkan.
- Foto – CLEO Singapore
Pakar warna L’Oreal Chrissy Calderon Uy berpendapat adalah penting untuk mendapatkan warna yang betul.
“Maklumkan colorist semasa berkonsultasi agar kamu mendapatkan warna yang betul untuk rambut,” jelasnya.
Kongsi Masalah Rambut Jika Ada
Sebagai contoh, jika kamu miliki masalah kulit kepala berminyak, keguguran, kelemumur, inilah masanya kamu beritahu pada pakar agar dia boleh berikan nasihat teknik penjagaan. Manalah tahu silap hari bulan, rambut kamu makin teruk apabila sudah diwarnakan.
- Foto – Be Asia – Be Magazine
“Jika rambut kamu tidak 100% asli, kongsikan sejarah proses mewarna rambut agar dapat mencegah lebih banyak kerosakan, ” jelas Chrissy.
Pastikan Warna Rambut Sesuai Dengan Tona Kulit
Orang kata bila nak mewarnakan rambut biarlah sesuai dengan warna kulit kita. Sebagai contoh, si kulit gelap berkilat elakkan warna blonde seperti bintang Hollywood, nescaya ia hanya akan membuatkan muka bertambah gelap dan kelabu. Melainkan kamu adalah Rihanna.
- Foto – Medium Hair Styles Ideas
“Jika warna rambut kamu terlalu dekat dengan tona kulit, maka seri di wajah akan hilang. Jadi pilih warna yang gelap atau terang sedikit dari tona kulit, ” terang Sharon Dorram, Colorist dari New York.
Realistik
Ramai merasakan bila mewarna rambut, terus akan jadi sebiji seperti apa yang dihajat padahal tidak langsung, kalau ada cuma kebarangkalian sahaja, lebih-lebih lagi untuk yang first timer.
- Foto – Glamour
“Perlu diingat bahawa ia mungkin sukar untuk mencapai warna yang sama seperti dalam majalah atau yang diingin, memandangkan keajaiban pencahayaan dan post-production, ” kata Lourd Ramos dari Creations Salon.
Cari Colorist Terbaik Untuk Warna Yang Kamu Mahu
Rose Hipolito dari Juro Salon berkata kamu perlu melakukan kerja rumah bila ingin mewarnakan rambut. Cuba dengar cadangan dan pandangan rakan-rakan yang kaki warna rambut – di mana lokasi salon terbaik.
- Foto – Pinterest
Mana tahu ada beberapa yang kamu berminat, mungkin kerja tangannya buat kamu tertarik.
Jangan Lakukan Perubahan Drastik, Terutama Si First Timer
Ini penting. Jangan sesekali mencuba perubahan drastik untuk warna rambut, terutamanya jika kamu first timer. Sebagai contoh, lihat K-Pop Idol warnakan rambut jadi kamu pun cuba. Nonono…..
- Foto – AsiaOne
“Paling selamat pilih warna yang hampir dengan warna rambut semula jadi, ” jelas Rose.
Penjagaan Susulan
Penulis pernah lakukan perm untuk kerintingkan rambut kerana penulis dilahirkan dengan rambut lurus semulajadi, jadi rawatan penjagaan susulan memang payah dan rumit. Bayangkan yang jenis pemalas memang haru jadi rambut.
- Foto – Beauty Crew
Sebaik sahaja kamu warnakan rambut, kamu perlu rajin dan disiplin dengan menjaganya sebajk mungkin supaya terlihat sihat dan cantik. Pilih jenis syampu, perapi dan mask yang betul jika ia mulai kering.
Selamat Beramal & Senyum Selalu ❤