Asma al-Assad yang juga merupakan wanita pertama Syria tiba-tiba mendapat perhatian dunia selepas beliau dilaporkan diagnosis kanser payudara.
Perkara saris tersebut diumumkan suaminya, Bashar al-Assad, menerusi platform media sosial miliknya. Menerusi makluman di Instagram, Bashar memaklumkan kanser payudara yang dihidapi Asma, 42 tahun, dikesan berada pada fasa awal.
Baca: Kenali Faktor Dan Tanda Awal Kanser Payudara
Ini yang perlu anda tahu tentang Asma;
Lahir dan dibesarkan di London
Lahir pada tahun 1975 di London. Kedua-dua ibu bapanya adalah Muslim Sunni. Bapanya, Fawaz Akhras, seorang ahli kardiologi dan ibunya, Sahar Akhras adalah Setiausaha Pertama Syria di Kedutaan Syria di London.
Terlibat dalam industri perbankan, bekerja di Deutsche Bank & J.P. Morgan
Tamat pengajian, Asma menjerumuskan diri dalam bidang perbankan. Beliau mula bekerja di Deutsche Bank Group sebagai penganalisis ekonomi. Dua tahun selepas dia menamatkan pengajian, beliau telah bekerja di J.Ph Morgan sebagai pelabur bank di London dan New York.
Ketika Asma memulakan kerjayanya, dia sudah bertunang dengan Assad. Beliau berpindah ke Syria pada tahun 2000 dan berkahwin dengan Bashar yang menyambung legasi bapanya, Hafez al-Assad, sebagai Presiden Syria.
Pernah menghiasi kulit majalah Vogue
Pasangan ini dilihat sebagai pembawa revolusi baru Syria, dan Asma sendiri pernah menjadi wajah penyeri kulit majalah Vogue pada Februari 2011.
Dikurniakan 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan
Asma dan Assad adalah ibu bapa kupada tiga orang anak. Mereka menamakan anak sulungnya Hafez, sempena nama ayah Assad, dilahirkan pada tahun 2001. Zein anak perempuan mereka dilahirkan pada tahun 2003 dan anak lelaki Karim pada tahun 2004.
Sama-sama kita doakan wanita jelita ini sembuh seperti sedia kala dan dapat menjalani rawatan dengan baik hendaknya.