‘Demam’ Syed Saddiq masih lagi belum kebah walaupun sudah beberapa bulan beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Jika Tun Mahathir dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia, ada pula yang mencanang Syed Saddiq sebagai menteri paling muda. Jangan silap, sebenarnya di sebelah Timur Tengah tercatit nama Shamma Al Mazrui, gadis Arab negara Emiriah Arab Bersatu yang menjawat Menteri Hal Ehwal Belia seawal usia 22 tahun pada 2016.
Bayangkan kini, Shamma telah dua tahun lebih berpengalaman menjadi seorang menteri berbanding Syed Saddiq.
Siapa Shamma Al Mazrui?
Nak jadi menteri mestilah bukan calang-calang pendidikannya dan pengalaman hidup. Walaupun kurang dalam pengalaman hidup, Shamma kebal dengan ilmu yang dimiliki dari Universiti New York Abu Dhabi jurusan Seni Ekonomi dan Ijazah Sarjana Dasar Awam melalui Universiti Oxford. Beliau juga penerima UAE pertama biasiswa Rhodes scholar dari Oxford.
Tarikh lahir lengkap Shamma sehingga kini tidak dikenal pasti, umumnya hanya mengetahui tahun kelahiran pada tahun 1994. Malah butiran peribadi mengenai latar belakang keluarga Shamma sukar mendapat info dan kekal misteri. Mungkin menteri muda lebih suka fokus pada pergerakan yang dibawa daripada perkara remeh.
Kejayaan yang dipegang…
Selain tercatit sebagai menteri paling muda di dunia, Shamma juga ialah dicalon sebagai wanita Arab paling berpengaruh. Beliau kini mengungguli tangga ke-38 dari 100.
Sebelum menjadi seorang pemimpin, Shamma bekerja di sebuah ekuiti swasta iaitu perbadanan dana Abu Dhabi dan penganalisi polisi bagi United Nations mewakili Emiriah Arab Bersatu. Beliau turut sibuk memegang portfolio pemerhati politik global dan kedutaan besar.
Diikutkan banyak lagi tanggungjawab besar sudah dipikul Shamma yang diluar batasan fikiran kita semua untuk gadis yang berusia awal 20 tahun ini.
Bangga dengan kejayaan dan perubahan yang telah dilakukan Shamma Al Mazrui. Ini bukan sahaja mengubah persepsi terhadap orang muda tapi juga pada keupayaan wanita muda terutamanya.