Suatu ketika, penulis terpandang cadangan video di Youtube yang berada di bahagian sebelah kanan skrin komputer berjudul “MIC Drop – Gen Halilintar (Cover)”. Sangka penulis ini kumpulan penyanyi baru yang sengaja menerbitkan lagu-lagu cover tapi rupanya mereka ini sebuah keluarga yang berpengaruh di Indonesia!
Tonton Video Muzik Gen Halilintar Buat Cover Lagu BTS Berjudul MIC Drop
Pernah Masuk Motif Viral
Setahun yang lalu Gen Halilintar pernah diundang ke rancangan terbitan Atsro, Motif Viral berikutan video-video Youtube mereka yang viral hingga menarik perhatian dunia termasuklah Malaysia sendiri. Sebagai lanjutan kepada cerita keluarga besar yang terdiri daripada 11 orang adik-beradik dan kedua ibu-bapa mereka ini, Wanista kongsikan 5 fakta unik tentang keluarga yang mengelar diri mereka sebagai Gen Halilintar.
#1 Keluarga Paling Berdisiplin
Biarpun keluarga mereka boleh dikira mewah, mereka tidak menggunakan khidmat orang gaji sebaliknya… setiap seorang anak dalam keluarga Gen Halilintar mempunyai tugasan rumah masing-masing. Mereka juga berdispilin, saling membantu, bahkan juga bijak membahagikan masa antara akademik dengan aktiviti masa lapang yang lazimnya ditumpukan untuk membuat video-video menarik untuk saluran Youtube.
#2 Home Schooling
Anak-anak Gen Halilintar difahamkan menyertai home schooling (sesi pembelajaran di rumah). Kesemua 11 mereka tetap meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian biarpun berada di negeri orang untuk melancong.
#3 Satu Keluarga Pandai Menyanyi!
Dari kedua ibu bapa hinggalah anak-anak yang paling bongsu, setiap seorang daripada mereka boleh menyanyi dan emmiliki suara emas yang boleh dipuji. Sebab itu juga, mereka begoiitu rajin memuat-naik video-video yang berasaskan cover (rakaman semula) lagu-lagu terkini termasuklah lagu Inggeris dan lagu K-pop.
#4 Video Nyanyian Mereka Mendapat Tempat Hingga Ke Eropah!
Jangan tak percaya, wlaaupun mereka berasal dari Indonesia, video lagu-lagu cover mereka serinng diulas dan mendapat pujian daripada penonton dari Amerika Syarikat hingga ke Eropah tau!
#5 Setiap Seorang Ada Saluran Youtube Sendiri
Meskipun satu keluarga aktif melakukan video bersama, setiap seorang anak-anak Gen Halilintar mempunyai saluran Youtube dan sendiri bahkan content yang dihasilkan adalah beroandu kepada minta masing-masing termasuklah yang berkonsepkan tutorial mekap dan ilmu gajet.
Jadi siapa kata keluarag yang ada anak ramai ni memeningkan kepala? Kalau ibu bapa tahu mendisiplinkan anak dengan cara betul dari segi perangai dan akhlak, sudah tentu keluarga yang harmoni macam ni boleh direalisasikan. Boleh tonton video-video keluarga Halilintar di Youtube [GEN HALILINTAR]
Semoga bermanfaat untuk semua! ❤