Menaiki penerbangan jauh memberi rasa keterujaan pada penulis sebab akan ada hidangan kapal terbang dikenali sebagai inflight meal. Berada di altitud tinggi kadang membuat rasa perut lebih cepat lapar. Eh, ke penulis seorang sahaja rasa sebegitu?
Diingatkan tidak semua syarikat kapal terbang menyediakan sajian makanan kecuali anda menempah awal. Sebagai contoh penerbangan kos tambang rendah, Air Asia.
Namun jika membayar harga tiket penerbangan hampir beribu mahalnya pasti menginginkan khidmat layanan yang terbaik. Terutamanya makanan yang bakal dihidang, adakah ia bersesuai dengan harga tempat duduk yang anda beli.
Tanpa pengetahuan, kita mungkin akan dikecewakan dengan set hidangan yang dibawa oleh pramugari. Mari penulis kongsikan beberapa gambar inflight meal yang boleh buat anda hilang selera.
#1 2009 : Sarapan pagi dari Royal Brunei Airlines
Hanya beberapa potong kentang, cendawan dan tomato. Dimasukkan juga telur dadar dan sosej ayam yang dipanaskan dalam bekas yang sama. Alahai…
#2 2010: Hidangan mee goreng basah Malaysia Airlines
Mee goreng yang mak penulis buat lagi menyelerakan dari MAS! Memalukan…
#3 2011: Sajian pasta Aegean Airlines
Memang menyedihkan… Pasta yang diletakkan sos tomato, cebisan buah zaitun dan keju feta. Macam tu jer?
#4 2012: Set sarapan pagi oleh Safi Afgan Airlines
Potongan buah-buahan sahaja yang segar. Lihatlah pada tomato tu..kecut.
#5 2013: Sajian tengahari dari Lufthansa
Nasi putih, potongan ikan salmon bersama sos. Disertakan juga cebisan sayuran sebagai nutrisi tambahan.
#6 2013: Sup dan roti oleh American Airlines
Serius lah beri sup dicicah roti untuk hidangan penerbangan? Macam makanan hospital pula.
#7 2014: Pasta stroganoff dari American Airlines
Hidangan klasik dari negara Russia ini menjadi santapan untuk penumpang American Airlines. Tapi kenapa berkecah sampai macam ni? Ish…
#8 2014: Pasta sos tomato dari Air Canada
Langsung tiada protein seperti ayam? Hanya pasta dan sos semata-mata…
#9 2015: Lagi hidangan pasta, kali ini dari Austrian Airlines
Siapa tidak suka dengan hidangan besar seperti ini, tapi kalau ia hanya baked pasta seperti dirumah tidak mengapalah.
#10 2015: Set sajian Emirate Airlines
Wow! Macam-macam ada untuk dipilih makan. Cumanya hidangan utama nasi, telur dan lobak merah itu untuk orang sakit ke?
Jangan risau makanan diatas sudah telah dinaiktaraf kualiti dan sajiannya. Ini cuma memori silam dan lampau untuk dikenang semula semasa syarikat penerbangan ambil remeh tentang servis makanan.