Sebelum ini Wanista pernah mengemaskini tentang dua kisah perihal status puteri-puteri Jepun yang bakal meninggalkan takhta mereka untuk mengahwini lelaki dari rakyat biasa. Puteri Mako dan Puteri Ayako masing-masing telah mengambil keputusan bakal mendirikan rumah tangga di luar istana.
Terkini, Puteri Ayako dan pasangan Kei Moriya telah selamat bertunang dalam sebuah majlis pertunangan rasmi diraja ‘Nosai no Gi’ di kediaman rasmi keluarga Takamado pada 12 Ogos.
Wakil keluarga belah pihak lelaki mengunjungi kediaman tepat pada jam 10 pagi dan menjalankan rutin mengikut cara tradisional. Hadiah perkahwinan yang dibawa ialah sake dan fabrik untuk dijadikan sebagai busana perkahwinan.
Selesai rutin tersebut, Puteri Ayako bersama ibunya, Hisako kemudian berjumpa pula dengan Maharaja Akihito dan Maharani bagi memaklumkan tentang pertunangan. Manakala, tunang si puteri iaitu Kei Moriya turut bersama si bapa akan bertemu Maharaja pada hari berikutnya.
Ayahanda Puteri Ayako iaitu mendiang Putera Takamado merupakan sepupu kepada Maharaja Akihito.
Menariknya tentang pertemuan pasangan tunang ini, mereka disatukan oleh Puteri Hisako pada tahun lepas. Puteri Hisako dan mendiang ibu Kie Moriya merupakan rakan baik.
Majlis perkahwinan dua hati ini akan berlangsung Kuil Meiji pada 29 Oktober.
Kita tunggu pula khabar berita dari Puteri Mako dan pasangan yang dijangka bakal mengadakan perkahwinan pada hujung tahun 2020.