Pada Mei 2017, kecoh apabila tidak semena-mena nama Joe Alwyn naik kerana digosipkan bercinta dengan penyanyi sensasi Taylor Swift. Baca: Dating Lagi? Taylor Swift Kini Bercinta Dengan Aktor British, Joe Alwyn.
Berita itu kemudian tidak dapat disahihkan kerana mana-mana media atau paparazzi belum pernah ternampak kelibat mereka berdua. Lebih malang lagi, ada yang memandingkan ‘darjat’ Alwyn dan Swift yang jauh beza dalam kedudukan kewangan serta populariti.
Walaupun sudah hampir setahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berdiam tanpa memberi apa-apa komen mengenai gosip cinta tersebut, tapi kini semuanya sudah terjawab apabila mereka berdua berkongsi pemandangan gambar yang sama iaitu pokok kaktus!
Pada 7 Mei lalu, Taylor Swift telah memuatnaik gambar berdiri sebelah pokok kaktus dengan menulis kapsyen “Fact: I’ve never been more excited about a tour than I am about this one. And it starts TOMORROW. Also, not even remotely tour related, but today I met a cactus.”
Keesokan hari pula, Alwyn turut berkongsi gambar yang sama seperti Swift. Cukup dengan emoji pokok kaktus.
Apa yang jelas disini, khabar berita tentang Swift dan Alwyn adalah benar belaka. Mereka lebih gemar menjalin hubungan secara privasi dan tidak mahu kelihatan keluar berduaan di tempat awam.
Ada yang berpendapat, Swift mahukan hubungan kali ini berkekalan walaupun mengambil cara yang agak ketat.