Pernah dengar tentang kisah bayi yang mempunyai gigi orang dewasa? Kalau diikutkan logik akal, mana mungkin gusi bayi yang baru lahir sudah ditumbuhi gigi betul tak, namun situasi benar-benar wujud namun hanya berlaku terhadap seorang bayi dalam 3000 kelahiran!
Ramai ibu bapa terutamanya buat pasangan yang baru menerima kelahiran pertama risau akan situasi ini. Bimbang apakah ia menjadikan bayi mereka sebagai tidak normal kerana kemunculan gigi seperti orang dewasa yang dikenali sebagai gigi natal itu? Untuk meredakan kekeliruan semua, ini yang kamu perlu tahu.
Apa Itu Gigi Natal?
Natal atau Neonatal Teeth boleh berlaku terhadap bayi sewaktu dalam tempoh 30 hari pertama selepas kelahirannya. Pakar memberitahu bahawa Gigi Natal berisiko untuk menyerang bayi yang menghidap Sumbing (bibir terbelah) atau bagi bayi yang lahir daripada keturunan yang mempunyai sejarah Sumbing.
Jangan terkejut, dalam kes-kes yang jarang berlaku, bayi bukan sahaja ditumbuhi sebatang Gigi Natal.
Lebih mengejutkan apabila Gigi Natal boleh tumbuh lebih daripada sebatang gigi contohnya seperti kes yang pernah berlaku di India terhadap seorang bayi yang bernama Prayan Sharma, iaitu anak kepada pasangan Nikita dan Harish Sharma dimana, bayi tersebut mempunyai 7 batang gigi seperti milik orang dewasa!
Dalam kes lain, gigi yang tumbuh apda bayi juga boleh gugur dengan sendirinya selepas beberapa minggu dalam tempoh awal kelahiran. Ini dipanggil Gigi Neonatal (berbeza dari Gigi Natal). Namun begitu, ia tetap sukar bagi bayi kerana ada juga kes gigi tersebut lambat gugur dan mengambil masa berbulan. Gigi Neonatal biasanya akan gugur dengan cepat berbanding gigi biasa.
Apakah Gigi Natal Membahayakan Bayi?
Doktor lazimnya akan menasihati suapaya gigi tersebut dibuang atas beberapa faktor:-
- Mengundang kesakitan terhadap bayi sewaktu mereka menghisap susu.
- Dikhuatiri bayi tercekik atau tersedak Gigi Natal yang gugur.
- Boleh menyebabkan puting payudara ibuu yang menyusukan sakit atau luka.
- Lidah bayi terasa sakit bila bergesel dengan gigi.
Tindakan Wajar Ibu Bapa
Walau apa pun, sila dapatkan nasihat dariapda doktor. Jika doktor membenarkan Gigi Natal itu disimpan, ibu bapa harus peka untuk mencuci gigi bayi tersebut secara lembut menggunakan kain lembab. Bahagian dalam mulut bayi juga harus diperiksa secara berkala supaya gigi bayi sentiasa bersih dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada bahagian dalam mulut bayi.
Apa apa pun, kalau gigi bayi tersebut gugur, ibu bapa tak perlu khuatir. Gigi Natal tidak berakar seperti gigi orang dewasa dan sellaunya memang lembut dan mudah gugur sendiri. Ingat! Jangan tanam semula Gigi Natal yang sudah gugur kerana ia akan menyebabkan gigi dewasa sebenar sukar tumbuh dan kemudiannya akan menyebabkan masalah gigi bertindih.
Untuk lebih tips penjagaan bayi serta produk-produk menarik untuk si cilik, boleh lawat [www.motherhood.com.my].