Annyeonghaseyo!
Sejarah muzik k-pop di Malaysia bakal tercipta Oktober ini apabila iKON dan WINNER khabarnya akan melangsungkan konsert maraton secara bergilir pada tanggal 13 dan 14 Oktober nanti dan dibawakan istimewa oleh YG Entertainment bagi menjayakan persembahan jelajah dua kumpulan gergasi itu.
Konsert iKON 2018 Continue Tour in Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur bakal menggegarkan segenap Stadium Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang selama dua hari berturut-turut.
Kaunter tiket [www.ticketcharge.com.my] untuk kedua-dua konsert ini akan mula dibuka kepada peminat bermula jam 12pm (iKON) dan jam 2pm (WINNER), pada 23 Ogos ini. Harga tiket bagi konsert iKON dan WINNER adalah sama seperti berikut:-
- Zon iKONIC/ INNER CIRCLE – RM693 (Bebas Berdiri)
- Zon Merah – RM673 (Hadapan Pentas)
- Zon Kuning – RM573
- Zon Ungu – RM483
- Zon Hijau – RM373
- Zon Biru – RM273
***Remaja atau kanak-kanak bawah 18 tahun layak mendapat harga tiket serendah RM98 -hanya untuk tempat duduk Zon Biru (RM273).
Buat 400 orang pembeli tiket Zon iKONIC/ INNER CIRCLE terawal serta 150 pembeli tiket Zon Merah terawal, kamu akan mendapat “SOUNDCHECK PASS” percuma, manakala 280 orang pembeli tiket ZON Kuning terawal layak mendapat “SENDOFF PASS” untuk melambai dan mengucapkan selamat tinggal kepada Idol sebelum pulang! Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama WINNER membuat kemunculannya di Malaysia manakala adalah kali kedua buat iKON. Jangan ketinggalan untuk berhibur dan menggamatkan Stadim Melawati bersama ahli kumpulan iKON dan WINNER, hanya Oktober ini, dikuasakan dengan MacpiePro! ❤