Empayar perniagaan perabot rumah mampu milik dan perkakasan rumah dari Sweden, IKEA, buat julung kalinya mengumumkan bahawa pengguna di Malaysia kini bisa menikmati pengalaman membeli-belah tanpa sesak dengan menggunakan platform atas talian yang baharu sahaja dilancarkan tempoh hari!
Melihatkan ekonomi e-daganag di Malaysia yang semakin mendapat sambutan, IKEA turut tidak ketinggalan menawarkan produk mereka menerusi platform online sekaligus memudahkan pelanggan membuat pilihan seleksi produk dengan adanya katalog barangan yang dipamerkan menerusi [www.ikea.com/my].
Menurut Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara, dengan adanya gedung atas talian ini, sedikit sebanyak ia akan membantu pelanggan melihat lebih dekat lebih 9,000 barangan inovasi yang diimport dari Sweden meskipun hanya melalui skrin.
“Paparan produk juga lebih teratur seterusnya pelanggan boleh terus membuat tempahan dan ia akan terus dihantar ke rumah menggunakan servis parsel dan penghantaran menggunakan lori. Cara itu lebih mudah untuk pembelian barangan muatan besar, tambahnya.
5 Barang Bawah RM500 Wajib Beli Di IKEA Sekarang!
#1 Tarva Bed Frame (Kayu Pine/ Saiz Queen): RM432.90
#2 EKTORP Footstool, Lingbo Multicolour (Dengan Ruang Simpanan): RM400.90
#3 LIXHULT Storage Kombinasi, Hijau Gelap Merah Jambu & Putih: RM245.20
#4 DINERA Set Pinggan Makan 18 Keping Untuk 6 Orang: RM112.20
#5 MULIG Rak Barangan Berunit (Logam Putih): RM187.70
IKEA menerima pembayaran menggunakan Kad Kredit dan Debit via Visa atau MasterCard. Kini tiada lagi masalah untuk kita membeli barang-barang keluaran IKEA bila-bila masa dan di mana jua! ❤