Inilah namanya tuah. Siapa sangka yang dulu hidup penuh dengan hutang keliling pinggang akhirnya kerana satu watak hidup terus berubah sekelip mata.
Seperti mana-mana selebriti lain di Hollywood, Constance Wu juga tidak tempias menderita hutang piutang sebelum dia ditawarkan watak utama dalam siri “Fresh Off the Boat” dan filem “Crazy Rich Asians”.
Beberapa tahun sebelum hidup ‘senang’ sebegini, Wu mengakui bahawa dia bergelut sebagai pelakon dan mempertimbangkan untuk berputus asa dalam karier seninya kerana tidak ada sebarang perkembangan positif.
“Saya benar-benar patah hati. Saya mempunyai hutang ribuan dollar – kad kredit, kereta, loan peribadi, pinjaman pelajar. Saya membayar pengajian kolej sendiri. Saya tidak mempunyai teman lelaki. Saya benar-benar bersendirian dan kesepian. Saya masih baru di bandar dan langsung tidak mempunyai kawan di L.A,” kongsi aktres 36 tahun itu kepada Vulture dalam wawancara 2016.
“Menjadi pelayan di restoran, pembantu peribadi, pengasuh, berjuang untuk meneruskan kehidupan, melalui pelbagai uji bakat menyayat hati, sehinggakan saya bertanya kepada diri sendiri ‘Jika anda masih lagi seorang pelayan bila sudah berusia 45 tahun, adakah itu yang anda mahukan?,” katanya dalam temu bual dengan The Cut.
Tapi menurut Wu, walau payah dia laluinya kerana ingin meneruskan kehidupan.
Filem Crazy Rich Asians akan ditayangkan di Malaysia bermula 22 Ogos ini. Sokong anak Malaysia Henry Golding yang memegang watak utama Nick Young.