Walaupun Kim Kardashian sentiasa ditutupi mekap tebal tetapi kita tidak dapat menolak bahawa bintang realiti ini sememangnya dilahirkan dengan kulit bersih sempurna.
Kulitnya masih lagi glowing bila bebas mekap dan siapa sangka bintang realiti ini tetap berpegang dengan produk penjagaan kulit mampu milik yang boleh ditemui di drugstore sahaja. Bahkan, Kim sendiri mendedahkan dia setia dan tekun dalam melakukan rutin pembersihan wajah kerana padanya menutup cela dengan mekap sahaja tidak cukup.
5 pilihan Kim ialah…
Cetaphil Facial Cleanser
Jangan tak tahu Kim Kardashian menyukai pembersih muka dari jenama Cetaphil ini. Katanya, produk pakar dermatologi dengan rumusan ringan ini mampu membersihkan kulit berminyak dengan baik tanpa membuatnya kering. Pilihan Kim ialah Cetaphil Daily Cleanser.
Burt’s Bees Cleansing Oil
Pembersih yang diperbuat daripada kombo kepala dan minyak argan terbaik untuk membuang mekap walaupun pada solekan mata yang degil, maskara kalis air.
Pixi Glow Tonic
Toner ini mengandungi lima peratus glycolic acid, sejenis AHA dipercayai mempunyai kadar pH yang paling rendah baik untuk sifat pengelupasan kulit. Walaupun begitu, ia tidak membahayakan epidermis kulit dan dapat menyingkirkan kulit mati (parut jerawat, pigmentasi) dengan berkesan tanpa iritasi.
Bacaan lanjut: Bye-Bye Skrub! Guna Glycolic Acid Untuk Hapuskan Parut Jerawat Degil
Thayer Witch Hazel Toner
Witch Hazel merupakan astringen topikal bekerja sebagai toner. Boleh digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kulit, termasuk jerawat, kerana ia menyediakan sifat-sifat astringen untuk membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan jerawat. Kim memilih witch hazel dari aroma bunga mawar untuk kesan wangi pada wajah.
Baca: Apa Tu “Witch Hazel”, Kenapa Bagus Sangat Untuk Muka Berjerawat?
Bio Oil
Minyak Bio Oil memang terkenal dengan kebolehannya merawat luka ringan mahupun yang berat. Dan Kim juga merupakan peminatnya. Kim menggunakan sebagai minyak mandian atau selepas mandi, biarkan ia seperti losyen badan dan biarkan formula yang mengandungi vitamin E membuat keajaiban.
Pada penulis jaga muka dengan rutin penjagaan yang betul itu sangat penting kalau nak dapat solekan flawless.
Selamat Beramal!