Sebagai pengeluar coklat gergasi di Malaysia, Cadbury yang berada di bawah naungan Mondelez sering bijak memenuhi permintaan ramai denngan seleksi perisa yang mengiurkan.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia terpikat dengan keenakan coklat susu Cadbury yang diserikan dengan rasa Oreo, kini mereka tampil pula dengan aroma dan rasa manis kopi yang pastinya membuahkan kenikmatan baharu buat lidah si penggemar coklat!
Demi menyambut kemerdekaan Malaysia ke -61, Cadbury dengan bangganya melancarka Cadbury Dairy Milk Kopi C untuk tempoh terhad yang secara eksklusif hanya terdapat di pasaran Malaysia.
Lebih mengujakan, ini juga merupakan kolaborasi sulung antara pihak Cadbury Malaysia dengan kartunis tersohor negara, Datuk Lat, iaitu individu bertanggungjawab disebalik lakaran ilustrasi yang menghiasi beberapa kertas pembungkusan Cadbury Dairy Milk.
Melihatkan kopi adalah salah satu perisa kegemaran Malaysia di mana, golongan muda hingga ke tua sangat lazim dengan minuman kopi, Cadbury menggabungkan dua perisa enak antara rasa kehalusan susu dengna rasa kopi untuk memberi kejutan buat deria rasa pengemar coklat menerusi Cadbury Dairy Milk Kopi C.
Tidak ketinggalan selain dpaat menikmati coklat, pengguna juga berpeluang mendapatkan lukisan tangan datuk Lat secara eksklusif yang bermotifkan suasana kenduri di kampung, suasana di kedai kopi (kopitiam)serta suasana di kedai runcit.
Coklat baharu Cadbury Dairy Milk Kopi C kini boleh dibeli di mana-mana kedai runcit dan pasaraya berhampiran seluruh Malaysia pada harga RM8.50. Coklat ini akan dijual sehingga 30 September sahaja!
Dalam masa yang sama, pengguna juga boleh membeli kotak hadiah yang berisi Cadbury Dairy Milk Kopi C yang turut dihiasi karya kreatif Datuk Lat di Shoppe pada harga RM37.