Mencuci kotoran degil adalah perkara paling leceh untuk dibuat. Lagi-lagi kalau baju yang kita beli tu berjenama tapi dah pakai segala macam produk sabun pun masih kesan kotoran tu tak hilang.
Umumnya, bukan senang hendak mencuci kotoran degil pada baju kerana baju adalah material yang sangat sensitif dan tidak boleh dibasuh guna peluntur sesuka hati kalau tak mahu ianya rosak dan reput. Ini Wanista titipkan cara terbaik bagaimana hendak mencuci kotaran dan kesan degil pada baju secara pro.
Kotoran Coklat
- Tanggalkan sisa kotoran coklat yang masih melekat.
- Gosokan cecair sabun pekat pada bahagian kotoran coklat. Biarkan beberapa ketika sebelum guna berus gigi untuk gosok lembut bahagian kotoran.
- Biarkan ia selama 5 – 10 minit.
- Tanpa perlu mencuci sabun, rendam baju dalam air suam/panas kemudian basuh seperti biasa.
Minyak
- Kalau boleh, sebaik minyak atau kesan minyak terkena pada pakaian, cepat-cepat bilas bahagian tersebut dengan air.
- Ambil sedikit cecair pencuci pingan, sapukan ia pada bahagian terkena minyak. Kemudian bilas dan lakukan beberapa kali sehingga kotoran nampak berkurang atau hilang.
- Tanggalkan pakaian dan sapu sabun cecair pekat pada kesan minyak . Biarkan ia beberapa ketika.
- Tanpa perlu mencuci sisa sabun, masukkan ia ke dalam mesin dan cuci seperti bisa. Lagi bagus kalau air cucian bersuhu suam/panas.
Dakwat Pen
- Cara paling berkesan hilangkan kesan dakwatadalah dengan menggunakan semburan rambut (hairspray).
- Letakan tisu di bahagian lapisan bawah pakaian yang terkena kesan dakwat tadi. semburkan hairspray pada kesan tersebut sehingga nampak rata.
- Biarkan ia beberapa ketika sebelum ambil kertas tisu yang bersih dan tekap sisa hairspray.
- Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kesan dakwat hilang dna boleh cuci pakaian seperti biasa.
Kesan Darah
- Rendam pakaian yang terkena kesan darah dalam air sejuk. Gosok secara lembut bahagian tersebut berulang kali di dalam air menggunakan jari.
- Tukar air dan lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan darah pudar atau hilang.
- Perah dan boleh juga guna syampu dan gosok pad akesan darah sehingga benar-benar bersih. Kemudian cuci pakaian seperti biasa.
Apa-apa pun, bila baju dah terkena kotoran tu, jangan tunggu lama… cepat-cepat cuci sebelum kesan kotoran jadi sebati dengan serat pakaian. Ini kerana, kotoran yang sudah sebati lebih sukar dicuci dan dihilangkan. Selamat beramal! ❤