Kita nak bercakap lebih daripada satu bahasa pun tersangkut inikan pula tujuh. Hurm macam mana tu?
Tapi itu tidak mendatangkan hal kepada lelaki melayu ini.
Inilah dia Khairul, pengawal keselamatan yang bekerja di Masjid Putrajaya. Asal dari Kelantan, dia berpindah ke Kuala Lumpur 15 bulan yang lalu memberitahu kerana tuntutan kerja untuk berkomunikasi pelancong asing. Dia mengambil pendekatan mempelajari bahasa lain bagi memudahkannya komunikasi dengan pelawat.
Pengawal keselamatan yang bekerja 12 jam setiap mahir bertutur dalam Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thai, Parsi dan Bahasa Inggeris. Pada awalnya dia hanya belajar frasa ringkas tetapi kini berkembang kepada kosa kata dengan penggunaan kata kerja dan sebutan yang lebih tepat dengan bantuan pelancong yang kagum dengan sikap proaktifnya. Menariknya, dia menyimpan nota kecil dan membawa bersama ketika bertugas.
Khairul menjelaskan bahawa dia mempelajari perkataan dan frasa baru setiap hari, dan kemudian menggunakannya dengan pelawat masjid. Pelancong menghargai usaha Khairul, dan mereka memberi kerjasama dan respon positif serta mematuhi peraturan masjid dengan baik. Bukan itu sahaja, ia membuatkan pekerjaannya jauh lebih menyenangkan.
Siapa sangkakan dia lebih cerdik daripada kita semua. Orang kata jangan sesekali pandang serong pada seseorang kerana kita tak tahu dia sebenarnya macam mana…
Terima Kasih, Khairul!