Baru minggu sudah, penulis berpeluang ke Universal Studio Singapore atas jemputan Klook. Apa lagi sempatlah penulis menaiki roller coaster. Walaupun ‘biasa’ sahaja tapi rasa pening, mual, ketar lutut dan berpeluh hanya tuhan saja yang tahu.
Inikan pula roller coaster ini diiktiraf paling tinggi, laju dan panjang di dunia. Bagaimana rasanya?
Yukon Striker, Canada Wonderland
Sebuah taman tema di Kanada telah mendedahkan akan tampil dengan roller coaster tertinggi, terpantas dan terpanjang di dunia yang akan mencapai kelajuan tertinggi 80mph.
Canada Wonderland, Ontario mengumumkan roller coaster tersebut dinamakan Yukon Striker, akan dibuka bulan April tahun depan.
Perekanya menjelaskan bahawa roller coaster akan membawa pengunjung meneroka keindahan sepanjang 3,625 kaki trek gunung di mana mereka akan melihat pemandangan yang menakjubkan dari kaki langit Toronto.
Sepanjang menaiki roller coaster, pengunjung akan merasai pelbagai pengalaman seperti tergantung di kaki gunung, lipatan, berpusing bahkan melalui terowong dalam air serta pelbagai lagi.
Korang sanggup tak naik?