Kita 5 tahun belum kenal erti nak mencantikkan diri, tapi budak perempuan ini bukan sahaja buat gadis remaja malah yang bergelar emak cemburu melihat asetnya pada rambut.
Seorang budak perempuan lima tahun menjadi sensasi internet dan viral malah sudah mempunyai lebih 52K pengikut di Instagram semuanya gara-gara rambutnya yang menjadi igauan.
Penampilan Mia Aflalo, dari Tel Aviv cukup dikagumi kerana miliki sepasang mata hijau dan senyuman manis, serta rambut hitam yang lebat, pekat dan berkilat – sempurna digayakan dalam apa jua stail. Tak percaya, lihat pada koleksi gambar yang dikongsi di Instagram.
Penggaya rambut, Sagi Dahari dilaporkan membantu menjadikan Mia sebagai bintang yang semakin meningkat selepas bekerja dengannya untuk majalah British Vogue versi web.
Menurut Sagi lagi, walaupun masih kecil Mia sangat mudah untuk bekerja, tidak mengadu dan sanggup menunggu dengan sabar dan murah senyuman, menjadi dia model kanak-kanak kegemaran sehingga ramai memanggilnya “Princess Mia”.
Walaubagaimanapun, ada juga netizen telah mengulas di media sosial mengatakan tidak sesuai untuknya terus menjadi perhatian umum.
“Anda harus berhenti mendedahkannya dengan dunia dan mula melindunginya.”
“Anda harus berhati-hati kerana orang jahat ada di mana-mana. Anda membahayakan hidupnya serta kesihatan mental masa kini dan masa depannya.”
“Terlalu awal untuk kanak-kanak seperti Mia mendapat kemasyuran.”
Apapun komen dan kritikan netizen, rambut adik Mia memang glamor habis…