Dilaporkan, kit pemutihan gigi yang membuatkan mulut dan tekak terbakar boleh menyebabkan kanser yang dijual di eBay telah diturunkan.
Produk tersebut dijual secara haram di Australia dan mengandungi bahan-bahan aktif berbahaya. Kit pemutihan gigi terbabit mengandungi sehingga 44 peratus carbamide peroxide dan sembilan peratus hydrogen peroxide.
Kepekatan hydrogen peroxide yang lebih besar daripada enam peratus, dan tahap carbamide peroxide lebih daripada 18 peratus, dianggap ‘racun’ oleh Australia Poisons Standard dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa selain pakar pergigian.
Jurucakap eBay memberitahu mereka menyedari hal berkaitan dan telah membuangnya.
“Keselamatan pengguna adalah sangat penting bagi eBay, ” jelas jurucakap itu.
Therapeutic Goods Administration mengatakan bahawa kit pemutihan gigi dianggap kosmetik dan tidak memenuhi definisi peranti perubatan.
Profesor Laurence Walsh, dari sekolah pergigian di University of Queensland memberitahu bahawa banyak produk pemutihan gigi yang berlebihan tidak berkesan.
Arang Aktif: Profesor Walsh tidak mengesyorkan penggunaan arang aktif pada gigi kerana ia tidak dapat membersihkan ruang di antara gigi. Malah, memberi amaran penggunaan kerap boleh merosakkan enamel gigi.
Produk LED: Produk-produk LED untuk pemutihan gigi tidak berkesan kerana ia tidak mengandungi cahaya atau ramuan yang betul dalam gel untuk memutihkan gigi.
Baking Soda: Baking soda yang biasa digunakan sebagai bahan DIY boleh menggaraskan beberapa kotoran permukaan pada gigi tetapi tidak mempunyai saiz zarah terkawal yang direka dengan baik.
Baca: Putihkan Gigi Guna Arang, Ini Cara Yang Betul Menurut Pakar…
Hati-Hati Semua!