Kalau anda kagum melihat ruang pejabat Google dan Facebook dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan, pasti anda lebih-lebih lagi si gadis teruja melihat pejabat kosmetik Too Faced yang terletak di Newport Beach, California.
Boleh bayangkan bagaimana rupa ruang dalaman pejabat Too Faced? Dipenuhi hiasan dalaman unicorn? Permainan warna? Aneka arca comel terbaik untuk dijadikan prop selfie?
Wanista kongsikan…
#1 Lihat sahaja pintu masuk Too Faced dengan konsep Barbie Dream House. Direka untuk Instagram, bukan…
#2 Ruang lobi diletak pokok peach paling besar. Diilhamkan oleh Sweet Peach Eyeshadow Palette yang menjadi produk terlaris sejak dilancarkan pada 2016.
#3 Lihat sahaja dekorasi ruang menunggu di setiap lif, dihiasi kertas dinding dibuat khas bersama perabot yang cukup comel.
#4 Terdapat banyak bilik mesyuarat yang berbeza dan setiap satunya mempunyai tema berdasarkan salah satu produk terlaris Too Faced.
#5 OMG tema merah jambu untuk setiap meja pekerja.
#6 Kafe Too Faced cukup dreamy sekali. Diletak bunga segar di setiap meja, kek cawan yang pelbagai perisa, meja makan akrilik putih dengan panorama matahari.
Jika begini ruang pejabat, ternyata setiap pekerja ingin melakukan tugasan mereka dengan penuh kesungguhan dan ikhlas. Setiap hari tiba di pejabat terasa seronok dan kreatif. Syabas Too Faced kerana mempamerkan keperibadian jenama dalam suasana yang cukup fun.
Alangkah best kalau pejabat penulis pun macam ni….