Kita sedia maklum masalah kulit wajah yang kusam serta tona tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya rungutan sebegini bukanlah sesuatu yang baru.
Memahami masalah yang dihadapi setiap gadis, Safi tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah Safi Beauty Fair sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis.
Kelahiran semula Safi Beauty Fair Beauty didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan wajah, Safi Fair Beauty turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah Safi Fair Beauty.
Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuaan. Dengan penggunaan Safi Fair Beauty, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV. Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 dan B6, gabungan vitamin menjadikan Safi Fair Beauty sebagai ejen pencerah, pelembap dan pelindung sebagai kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Safi Fair Beauty yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk;
- Mencerahkan kulit
- Menyamaratakan tona kulit
- Kulit berseri merah jambu
- Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
- Memberi perlindungan UV
- Melembutkan dan menghaluskan kulit
- Melicinkan kulit
- Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama Safi sila layari laman Facebook SAFI dan Instagram (@safimalaysia).