Percaya tak kalau penulis cakap, kita manusia ini sebenarnya dicipta untuk lebih banyak berdiri daripada duduk?
Umunya menurut saintis, manusia sebenarnya dicipta oleh tuhan untuk melakukan pergerakan namun lain yang kita lihat, masyarakat hari ini lebih banyak menghabiskan masa seharian untuk duduk daripada berdiri.
Katy Bowman yang merupakan seorang Saintis Kerosakan Organ menjelaskan, seseorang individu moden menghabiskan sekitar 10 jam sehari untuk duduk di mana, senaman selamat 30 hingga 60 minit belum tentu dapat memulihkan keterjejasan tubuh yang disebabkan tabiat duduk selama itu.
Apa Jadi Kalau Duduk Terlalu Lama?
Dr. James Levine berkata, kerjanya adalah untuk menyiasat dan membuat kajian tentang tabiat duduk terhadap kesan kesihatan manusia.
Hasil kajiannya mendapati, apabila seseorang telah duduk terlalu lama dan kemudian bangun, reaksi molekul berlaku dalam sistem tubuh. Sebagai contih, dalam masa 90 saat seseorang manusia berdiri, fungsi sistem tubuhnya termasuk sendi dan sistem selular yang memproses gula dalam darah, kolesterol dan lain lain -yang disertai insulin akan aktif secara langsung.
Dalam erti kata lain, apabila mekanisma selular ini aktif, ia akan memberi rangsangan positif kepada sel-sel dan jika dilakukan selalu, ia boleh mengurangkan risiko seseorang menghidap obesiti dan diabetes. Oleh kerana itu, manusia memang dicipta untuk bergerak dan bukan hanya duduk saja.
Jika seseoang manusia itu bermalas-malasan, fungsi dalaman tubunya akan semakin lemah (tidak aktif) sekaligus mempercepatkan kematian.
Impak Negatif Lain…
Komplikasi Organ: Jantung, Pankreas, Kanser Kolon.
Masalah Penghadaman
Duduk sebaik selepas makan akan beri tekanan kepada abdomen. Ini akan menyebabkan kembung perut, buncit, pedih ulu hati serta sembelit.
Kerosakan Otak
Bila duduk terlalu lama, otak akan berfungsi perlahan. Sebab itu kita menjajdi ngantuk dan bisa hilang tumpuan. Otak juga tidak mendapat sumber darah dan oksigen yang segar semasa seseorang duduk.
Masalah Postur Badan
- Sakit Leher & Bahu: Badan secara automatik akan membongkok ke depan sewaktu duduk terutama apabila bekerja dengan komputer. Ini aka menyebabkan kesakitan yang perit pada dua bahagian tersebut.
- Sakit Belakang: Duduk akan menyalurkan lebih tekanan kepada tulang belakang. Apabila asyik duduk, cakera tulang belakang (yang sepatutnya diaktifkan dengan gerakan) menjadi lemah seterusnya tidak dapat menyerap darah dan nutrien. tabiat duduk juga akan menekan bahagian cajera sehingga menyebabkan tubuh tidak stabil.
Digenerasi Otot
- Masalah Pinggul: Pinggul adalah bahagian utama yang digunakan sewaktu duduk. Jadi apabila sering duduk, bahagian tersebut akan kaku dan mengeras kerana jarang bergerak. Ini akan membuatkan tulang pinggul jadi lemah dan boleh seseorang berisiko untuk terjatuh.
Sakit Kaki
- Tulang Lemah: Berjalan, berlari dan membuat sukan-sukan laska seperti mengangkat berat umpamanya akan menjadikan badan lebih kuat dan imun. Namun jika tubuh kurang buat aktiviti, ia akan menyebabkan tulang jadi lemah dan terdedah kepada osteoporosis.
- Kerosakan Urat Varikos: Duduk akan menyukarkan pengaliran darah pada bahagian kaki. Ini akan menyebabkan bengkak pada beberapa bahagian kaki seperti betis, pembuluh darah varikos, tidak kurang ada juga kes sehingga menyebabkan darah beku.
Selamat beramal! ❤