Kalau sebelum ini kita pernah digemparkan dengan seorang remaja lelaki yang menjadi viral menerusi Twitter gara-gara menganjurkan parti ulang tahun bertemakan drama bersiri Netflix “The Stranger Things” [BACA SINI].
Kali ini gadis dari Filipina pula menarik perhatian apabila menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-18 dengan serba-serbi dekorasi parti berilhamkan ikon filem fantasi, Harry Potter.
Tonton Video Sambutan Hari Jadi Ke-18 Alyanna Gopez Bertemakan Harry Potter
Bernama Alyanna Gopez, impiannya tidaklah seperti kebanyakan anak gadis lain yang mahukan parti ulang tahun dibuat segah mungkin sambil dihiasi elemen-elemen feminin sebaliknya memilih Harry Potter sebagai tema unik untuk meraikan tarikh keramat dirinya itu.
majlis tersebut dilangsungkan di sebuah Ballroom dalam bangunan Marriot Hotel, ruang yang ada disisip dengan cahaya malar dari nyalaan lilin-lilin terapung. Manakala sebagai tarikan utama, di bahagian luar dewan terdapat replika kereta api Hogwarts Express, kereta Weasley serta Diagon Alley (telah dinamakan semula dengan nama “Alyanna’s Alley) yang bisa menjadi tempat tetamu mengambil foto-foto kenangan.
Menurut tetamu yang hadir, majlis ulang tahun itu adalah yang paling gah buat anak gadis semuda itu dan pastinya telah memakan kos yang tinggi umpama mengelolakan sebuah majlis perkahwinan mewah!
Tidak kurang, serba-serbi perincian lain yang turut mengikut tema termasuklah hidangan yang disediakan buat para tetamu, gaun yang dipakai Alyanna dll.
Menurut tuan empunya badan, dia sememangnya sangat obses dengan Harry Potter sejak sekuel yang pertama dan menganggap peluang itu adalah sangat berharga untuk dirinya sebagai sambutan ulang tahun yang paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.