Menurut laporan yang pernah diterbitkan National Geographic, kulit adalah organ terbesar manusia di mana individu dewasa akan membawa kulit seberat 3.6 kg sepanjang hidupnya! Ini menggambarkan betapa pentingnya untuk seseorang manusia menjaga kesejahteraan kulitnya agar dapat mengekalkan momentum sebagai seorang manusia yang sempurna dari segala segi terutamanya penampilan.
Mungkin ramai yang tidak peka dengan rejim penjagaan wajah namun ingin diingatkan, adalah mustahak untuk wanita menjaga kejelitaan sejak dari usia yang muda dengan pengambilan suplemen, mengamalkan diet sihat dan salah satu cara paling mudah adalah…
“MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN WAJAH BERMANFAAT PENUH”
Sama seperti inovasi hebat yang diberi nama First Light Series dari jenama Ceramiracle ini. Ia merangkumi esen dan serum yang diperkaya dengan bahan-bahan aktif untuk bantu mengekalkan kecantikan sekaligus memulih keterjejasan kulit secara lembut tanpa memberi kesan sampingan.
Untuk pengetahuan semua, Ceramiracle adalah jenama penjagaan wajah elit yang dibangunkan oleh seorang jejaka bernama Eugene He asal Singapura, yang kecenderungan adalah untuk mencipta sejenis penawar bagi meremajakan kulit.
Lebih menarik, produk ini turut diiktiraf dengan penganugerahan tertinggi yang kemudian berpangkalan di Santa Monica, California sejak diperkenalkan sekitar 2016.
Ceramiracle First Light The Serum: RM419
Serum ini diilhamkan daripada fungsi “Vernix Caseosa”… iaitu sejenis cecair lekit menyerupai lilin putih yang menyelaputi bayi baru lahir sebelum bayi dicuci bersih sebaik dilahirkan. Mengangumi kelebihan Vernix untuk mengekalkan kelembapan kulit janin sewaktu di dalam perut dan fungsinya yang bertindak sebgai pelindung, Eugene mendapat idea mencipta inovasi yang memiliki kemampuan sama seperti Vernix untuk kembalikan keremajaan kulit dari serangan penuaan lalu, terhasilah serum istimewa ini.
menurut Eugene, serum ini diperkaya dengan 95% bahan aktif dan dirumus dengan 99.5% bahan semuala jadi! Jadi tak perlu risau dan takut kerana ia bebas kimia dan bahan terlarang.
8 Cara Guna Serum Serbaguna Ceramiracle First Light
- Sapu pada kening untuk merapikan bulu kening serta melebatkannya
- Sapu pada bawah mata untuk cerahkan lingkaran gelap dan cegah kedutan halus
- Sapukan pada kulit leher dengan gerakan dari bawah ke atas untuk menegangkan kulit di bahagian tersebut
- Boleh sapukan pada bahagian dada dan payudara yang mengendur
- Sapukan pada bibir sebagai lip conditioner
- Sapukan pada kulit siku
- Guna pada hujung rambut bercabang
- Sapukan pada bahagian kulit bayi yang kekeringan
Ceramiracle First Light The Essence: RM359
Kulit yang kering menggambarkan bahawa kulit sedang dahagakan lembapan air. Untuk itu, gunakan esen sebagai cecair hebat yang mampu menyalurkan lebapan terbaik buat kulit. Lebih mengujakan, esen ini bukan cecair lut sinar ‘biasa-biasa’ tau… Ia sudah dirumus dengan khasiat ginseng, air beras Korea dan daun herba jenis Mugwort.
Dalam masa yang singkat, kulit pasti berseri dan kembali lembap, biarpun tanpa penggunaan krim pelembap yang adakalanya buat kulit berminyak!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [ceramiracle.com]. Rangkaian Ceramiracle First Light boleh dibeli dari kaunter pengedar Ceramiracle yang sah beralamat:-
Ceramiracle KL
A: No. 6, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
T: +603-7627 6568.
WO: 11 am – 9 pm