Hai semua beauty junkies… Anda mencari mekap yang bukan setakat mencantikkan wajah tapi juga merawat? This is for you!
Rangkaian kecantikan Jill Stuart Beauty yang berpangkalan di Jepun bakal diperkenalkan di Malaysia September ini. Jenama kecantikan itu adalah hasil idea pereka fesyen terkenal dari New York Jill Stuart dan KOSÉ Corporation.
Mengetengahkan slogan “Seksi yang Suci” atau “Innocent Sexy“, Jill Stuart Beauty dijangka akan menawan hati semua wanita. Jill Stuart Beauty menawarkan hanya beberapa produk terpilih untuk acara eksklusif Sneak Peek, antaranya produk terlaris Mix Blush Compact, Ribbon Couture Eyes dan gincu kegemaran ramai, Lip Blossom Velvet.
Yang menarik tentang produk ini ialah Jill Stuart Beauty sangat mengambil berat tentang kualiti bahan-bahan terbaik yang digunakan dalam produknya. Bahan-bahan terkenal ini termasuk:
Ekstrak Rosemary – Dihasilkan daripada bunga dan daun rosemary, ia dikatakan dapat memperkuat dan mengetatkan kulit yang mewujudkan kesan anti-penuaan. Selain menghidrat, ia berfungsi sebagai anti-oksidan dan anti-allergen, dan rosemary juga menghalang rembesan sebum.
Minyak Lavender – Diambil dari bunga lavender, minyak ini telah lama digunakan sebagai ramuan untuk minyak wangi dan digunakan untuk mandian. Ia mempunyai kesan menenangkan kebimbangan dan sering digunakan dalam rawatan aromaterapi. Apabila digunakan pada kulit, minyak ini bertindak sebagai emolien dan meredakan keradangan dan luka.
Minyak Rosehip – Rosehip adalah buah berwarna merah terang yang muncul selepas mawar liar mekar. Minyak Rosehip mengandungi kepekatan asid lemak asas, anti-oksidan, dan vitamin larut lemak. Manfaat terbesarnya adalah kesan anti-penuaan, terutamanya keupayaan untuk mencegah penuaan kulit.
Mawar Liar – Ekstrak mawar liar telah terbukti dapat mengaktifkan sel tisu dan dikatakan berkesan dalam merawat luka kebakaran dan belahan luka. Ia dikenali memberi manfaat kepada kulit dengan menenangkan kesan terbakar dari sinar matahari dan pigmentasi, menghidrat kulit dengan mengekalkan kelembapan, dan menghalang penuaan kulit.
Jill Stuart Beauty akan dijual secara eksklusif di SEPHORA Suria KLCC dan boleh didapati di kedai dalam talian bermula dari 13 September 2018.