Etika adalah sebahagian daripada peraturan yang harus dituruti sewaktu berada dalam majlis mahupun kala berdepan dengan situasi yang memerlukan kamu menjaga tata-tertib kelakuan sebagai contoh, apabila berinteraksi dengan orang.
Ini Wanista jelaskan beberapa etika yang penting untuk para wanita tahu agar diri sentiasa nampak berketerampilan dari segi fizikal dan personaliti.
#1 Jika berada di majlis keramaian dan keadaan di situ panas, jangan sesekali menggunakan apa-apa objek untuk mengipas diri. Sebaiknya, cuba keluar dan cari angin atau jauhkan diri dari tempat yang panas itu.
#2 Kalau kamu perlu menyisir rambut, jangan lakukannya secara terang-terangan. Masuk ke tandas untuk melakukannya.
#3 Jika kamu rasa adalah perlu untuk kamu menambah solekan, hanya gincu dibenarkan. Namun untuk maskara atau bedak, sebaiknya lakukan di dalam tandas.
#4 Jangan sesekali mengeluarkan barangan dari beg tangan dan letakannya di atas meja restoran. Beg tangan juga tidak elok diletakan di atas meja makan.
#5 Jika rumah kamu sedang mengadakan majlis, jangan sesekali menjerit memanggil nama ahli keluarga. Sebagai contoh, apabila kamu berteriak memanggil adik kamu yang berada di tingkat atas untuk turun. Itu adalah perbuatan yang biadab dan bisa memberi persepsi negatif buat tetamu.
#6 Jika duduk di kerusi yang rendah, jangan sesekali menyilang kaki. Sebaliknya, tindihkan bahagian hujung kaki sedikit dan rapatkan peha kamu.
#7 Seorang wanita tidak manis andainya membuka langkah terlalu besar. Untuk masuk ke dalam kereta, duduk pada hujung kerusi lalu tarik kaki masuk ke dalam. Jangan mengangkangkan kaki saat hendak masuk kereta lebih-lebih lagi jika kereta itu tinggi.
#8 Apabila berada di pejabat, tidak manis andai seorang wanita menambah solekan di meja kerjanya. Sebaiknya masuk ke tandas untuk melakukan solekan.
#9 Ketika minum teh atau kopi, pastikan kesemua jari mengetip pada tangkai pemegang cawan. jangan sesekali melentikan jari kelingking kerana itu dianggap biadab menurut etika formal. Ibu jari pula harus tetap berada di bahagian atas pemegang cawan.
#10 Apabila berada di meja makan untuk bersantap bersama keluarga atau teman sekalipun, jangan mencapai makanan yang jauh terlebih dahulu. Capailah makanan yang paling dekat dan andai kamu mahu mengambil makanan yang jauh, minta tolong dariapda orang yang dekat dengannya untuk bantu memberikan kamu makanan tersebut.
Sekarang kamu dah faham kan? Semoga menjadi wanita yanng sempurna dari segi fizikal dan personaliti semuanaya. ❤