Nak cari produk mandian badan juga seperti mencari produk muka. Kena yang betul kerana dikhuatiri kulit anda jadi kering dan muncul jerawat degil. Bukankah itu menyusahkan.
Kenapa perlu pening? Gunakan sahaja produk mandian bayi. Oleh kerana mandian bayi dibuat khusus untuk bayi, jadi tidakkah itu bermakna ia selamat dan lembut uituk kita juga.
Pakar Marivi Dizon, MD, FPDS, ahli dermatologi yang berpusat di Makati, menjelaskan mengapa kita perlu memasukkan mandian bayi ke dalam rutin penjagaan kulit kita.
Lembut pada kulit
“Kulit seorang bayi berusia setahun masih dalam proses pematangan. Ini bermakna bayi yang berumur kurang dari setahun mempunyai kulit yang sangat sensitif, jadi dengan menggunakan pembersih lembut adalah penting.
“Pembersih lembut terdiri daripada molekul yang lebih besar yang dipanggil micelles. Molekul-molekul ini tidak menembusi terlalu jauh ke dalam kulit, tetapi ia masih dapat menghilangkan kotoran yang disebabkan oleh unsur-unsur seperti haba, perubahan cuaca, dan pencemaran seperti habuk,” menurut Dr. Dizon.
Ia dirumus untuk mencegah jerawat dan tindak balas alahan
“Mandian bayi mempunyai tahap pH yang hampir dengan paras pH kulit, ia tidak keras pada kulit. Dan dengan micelles tidak dapat menembusi kulit, kemungkinan reaksi alergi sangat rendah,” jelas Dr. Dizon.
Walaubagaimanapun, Dr. Dizon mengesyorkan mereka yang mempunyai masalah kulit tertentu perlu mendapatkan khidmat konsultasi pakar untuk menangani masalah kulit sensitif.
Tidak akan menjadikan kulit kering
Oleh kerana mandian bayi mengandungi susu yang memberikan kelembapan yang tinggi, ia membantu memberi kulit perlindungan yang mencukupi di samping melembut dan menyihatkan.
“Sabun dengan paras alkali tinggi boleh membawa kepada kekeringan. Manakala mandian bayi dari oat lebih sesuai untuk orang kulit kering,” kata Dr. Dizon.
Selamat Beramal!