Sebelum ini kita pernah heboh memperkatakan betapa sekuel filem hantu Turki berjudul “SiCCin” bisa menaikkan bulu roma sesiapa sahaja biarpun orang itu adalah orang yang paling berani sekalipun, kali ini pembikin filem sama yang menerbitkan filem “SiCCin” iaitu Alper Mestçi, tampil dengan filem baharu berjudul “Beddua: The Curse” yang ternyata lebih seram dan lebih mencabar adrenalin.
Tonton Trailer Beddua: The Curse
Tentang kisah empat gadis sekawan dan seorang dukun wanita bernama Havel… ia berkisarkan kuasa sumpahan yang bakal menguasai diri Melek, Burcu, Eda and Ayla yang pada asalanya merupakan teman persekolahan.
Mereka adalah sahabat baik dan tidak pernah berpisah sehinggalah tamat pengajian. Namun pada suatu hari, takdir menemukan mereka dengan seorang dukun wanita yang muncul entah dari mana dan sejak itu, kehidupan mereka kacau-bilau dan berubah serta-merta.
Akhirnya empat anak gadis malang ini harus mencari jalan meneruskan hidup biarpun perlu berdepan dengan kuasa dan wajah laknat untuk menentang sumpahan ganjil yang telah dikenakan terhadap mereka. Kesemua kejadian ini berlatarkan Bursa, sebuah kota bersejarah yang sangat popular zaman Empayar Uthmaniyyah di Turki.
Filem seram “BEDDUA” akan bermain di panggung bermula 4 Oktober ini, hanya di TGV. [KLIK SINI]