Rasanya, rata-rata peminat masakan kampung suka memakan lauk bergulai seperti masak lemak cili padi, gulai kawah, tempoyak dan lain-lain. Tak kurang, ada juga peminat yang obses dengan lauk-pauk pedas -memilih asam pedas sebagai menu utama baik untuk makan tengahri mahupun makan malam.
Asalkan namanya orang Melayu, tak sah kalau tak mengenyagkan perut dengan hidangan nasi betul tak? Jadi memang kena sangatlah kalau dapat gaul nasi panas dengan kuah asam pedas ni! Dapat pula asam pedas yang dimasak dengan aneka isi ikan, campuran bendi dan tomato segar, perghhh~ Mesti layan punyalah.
Khas untuk semua yang terliur dengan penulis cerita pasal Asam Pedas, ini Wanista cadangkan 6 port paling syok untuk nikmati Asam Pedas sampai puas.
#1 Restoran Asam Pedas Kampung Baru
Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi kedai asam pedas yang satu ni. Mana-mana pun sekitar lembah Klang, orang tetap akan selitkan restoran ni sebagai salah satu restoran asam pedas paling best untuk dicuba.
Terdapat pelbagai pilihan menu asam pedas seperti ikan pari, ikan merah dll. Tak perlu cakap banyak, tengok je video review ni okay!
Alamat: Lorong Raja Uda 2, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nombor Tel: 013-235 9711
Waktu Operasi: Setiap Hari dari 10.30am – 10pm (Kecuali Ahad)
#2 Andak Claypot Asam Pedas
Kalau korang suka makanan panas, pilihan asam pedas kat sini memang mengancam sebab semuanya dihidang dalam mangkuk tanah liat istimewa. Sampai kat meja pun memang masih mendidihlah senang cerita, baru berselera nak makan kan. Jangan lupa datang kalau nak rasa!
Satu lagi, asam pedas kat sini memang kaw tau, kuah pun dah pekat.
Alamat: 3, Jalan Raksa, Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor
Nombor Tel: 03-3344 4192
Waktu Operasi: Setiap Hari dari 12pm – 2am
#3 Restoran Asam Pedas Selera Melayu Melaka
Istimewanya restoran asam pedas ni, dia menawarkan servis dari pagi sampai tengah malam tau! Ha jadi sesuai sangat untuk bawa isteri-isteri yang mengidam nak makan asam pedas tu.
Alamat: 89, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial Tsb, 40160 Shah Alam, Selangor
Nombor Tel: 03-6143 5260
Waktu Operasi: Setiap Hari dari 10am – 12am (Kecuali Isnin)
#4 Asam Pedas Kota Melaka
Kat sini yang istimewanya bukan saja pada hisan dalaman restorang yang cantik dan selesa bahkan selain daripada menu asam pedas, ada juga hidangan masak lemak cili api siput sedut dan ikan bakar tau!
Kalau nak tahu rasa sedapnya tu, bolehlah cuba sendiri.
Alamat: Lot 521 Persiaran Kosmos, Subang 2, Shah Alam, Malaysia 40150
Nombor Tel: 012-222 2569
Waktu Operasi: Setiap Hari dari 11am – 12am
#5 Restoran Asam Pedas Pandan Jaya
Kat sini ada macam-macam jenis pilihan asam pedas ikan. SEbut je nak apa semua ada. Selain itu, laik-pauk harian lain puna da juga. Bolehlah buat tambah menyeri dalam pinggan nasi korang tu.
Paling syok. asam pedas kat sini buka setiap hari kecuali Jumaat. Jadi hujung minggu memang ada peluanglah serbu kedai ni untuk makan asam pedas dia yang best tu!
Alamat: Jalan Pandan 3/8, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Nombor Tel: 013-362 8485
Waktu Operasi: Setiap Hari dari 7.30am – 5.30pm (Kecuali Jumaat)
Amacam, terangkat tak tengok semua himpunan Restoran Asam Pedas ni? Esok kan cuti, jadi bolehlah plan makan asam pedas dengan yang tersayang… Selamat menjamu selera! ❤