Pernah dengar tentang Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)? Dalam dunia yang semakin mencabar dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ibu bapa sememangnya ramai yang risau dengan nasib masa hadapan anak-anak mereka betul tak?
Selain daripada pengambilan insuran untuk menampung keperluan kesihatan anak atau kos pengajian anak di hari kelak, simpanan wang sebagai pelaburan masa hadapan anak juga sangat penting agar kehidupan kesayangan kita itu tidak susah di hari yang mendatang.
Justeru adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengambil jalan proaktif memulakan simpanan awal untuk anak-anak agar kehidupannya lebih terjamin, melihatkan keadaan gaya hidup masa kita yang banyak melibatkan wang.
ADAM50 Tu Apa?
ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Dapatkan Simpanan RM200 Secara Percuma Untuk Anak
Ramai yang tidak tahu dengan ADAM50, bayi yang baru lahir sudah boleh mendapatkan simpanan sebanyak RM200 secara percuma dariapda pihak kerajaan.
Khas untuk semua bayi-bayi yang lahir pada tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 nanti, ini adalah program yang dijalankan kerajaan bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan syaratnya, bayi itu perlulah memegang status sebagai warganergara Malaysia!
Tempoh Sah Layak
Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut. Sebagai contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma akan terbatal.
Ish, tak payah pening-pening lah! Bayi lahir je terus pergi daftar okay? Senang… hehe
Cara Buka Akaun ADAM50 Untuk Bayi
1. Pergi mana-mana cawangan ASB, lagi bagus pergi pejabat ASB terus.
2. Bawak salinan sijil kelahiran bayi dan kad MyKid bayi (untuk diskan), kad pengenalan ibu jika mahu guna nama ibu atau kad pengenalan ayah jika mahu guna nama ayah.
3. Untuk bukak akaun ni, si pemegang akaun (bayi) tidak perlu memasukkan wang pendahuluan langsung. Tapi kalau si ibu dan ayah baik hati nak masukan sedikit wang simpanan permulaan untuk bayi lagi bagus!
Cara Semak Samada Duit RM200 Sudah Masuk Ke Akaun Bayi
Jika akaun ADAM50 dibuka atas nama ibu atau ayah. Ibu atau bapa wajib ada akaun asb, kalau belum ada… si ibu boleh buka dan daftar akaun ASB terlebih dahulu secara online. Ha, dari akaun si ibu atau bapa tadi, boleh track duit ADAM50 milik bayi sudah dimasukan atau belum.
Jangan risau kerana semua maklumat akaun ADAM50 anak akan terkandung bersama dalam akun si ibu atau si bapa yang menjadi pendaftar tadi. Faham tak?
Jadi selebihnya, setiap bulan… kamu kenalah rajin simpan duit untuk anak, sebulan masuk RM50 atau RM100 pun dah cukup. Lama-lama esok berbuahlah duit tu. Duit tu akan membiak sebab dalam ASB. Mestilah ada dividen keuntungan tahunan. Nanti bila usia bayi dah cecah 18 tahun, duit terkumpul boleh dikeluarkan.
Untung-untung boleh guna untuk anak sambung pelajaran ke Universiti. Tak perlu ibu bapa susah-susah fikir mana nak cekau duit. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapat RM200 wang simpanan permulaan untuk bayi kamu tau!
Selamat beramal! ❤