Tular di media sosial, rata-rata media membuat liputan untuk sebuah kafe ini. Mengekalkan konsep kafe tradisional cuma yang membezakannya dengan kafe lain adalah seni bina dan reka bentuk membuatkan kita terbeliak melihatnya.
Menariknya kafe ini membuatkan anda seperti berada dalam dunia animasi dan komik dengan ensemble putih suci yang langsung tidak membosankan. Dari dinding ke lantai, perabot sehinggalah alatan pinggan mangkuk dan sebagainya semuanya kelihatan seperti anda berjalan ke dalam sebuah buku kartun, seolah-olah anda memasuki sebuah pintu ajaib ke dunia animasi. Sumpah mengagumkan.
Sayangnya, kafe comel ini bukanlah berlokasi di Malaysia tetapi terletak di Seoul, Korea Selatan. Menurut pemilik, kafe mendapat inspirasi dari drama TV popular “W – Two Worlds” lakonan Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, di mana watak-watak memasuki dunia webtoon fantasi.
Lihat magik pada kafe ini
Kafe yang kecil tetapi selesa ini dibuka pada bulan Julai 2017 dan terletak di daerah Yeonman-dong, ianya dipanggil Cafe Yeonnam-dong 239-20.