Sama tapi tak serupa. Kes-kes sebegini sudah biasa berlaku dalam dunia fesyen bahkan, jenama-jenama terkemuka seperti Zara dan Dior umpamanya sering sahaja menjadi bahan kutukan netizen ttakala koleksi yangmereka keluarkan itu hampir sama dengan rekaan-rekaan dikeluarkan pereka fesyen yang kurang dikenali.
Berikutan itu, kali ini Mochino pula dituduh oleh seorang pereka fesyen muda bernama Edda Gimnes, berasal dari London apabila memuat naik status menerusi Facebook bagi menyatakan kekecewaan hatinya.
Mengikut perkongsian tersebut, sebelum ini Edda pernah menunjukkan potfolio hasil kerjanya kepada Moshino dalam sebuah pertemuan di New York sekitar November tahun lalu dan dari situlah Edda beranggapan bahawa ia bukanlah suatu kebetulan untuk Mochino menzahirkan koleksi yang nampak benar-benar sama dari segi penggunaan warna, tekstu, corak cetakan serta potongan rekaan juga. Mana mungkin ia suatu kebetulan kan?
Tidak mengambil masa yang lama, Pengarah Kreatif Moschino, Jeremy Scott yang merupakan antara ikon dan individu fesyen berpengaruh tampil menjernihkan keadaan untuk membersihkan nama jenamanya dari dilabel sebagai “Pencuri”.
Jeremy menerusi akaun Instagram peribadinya membuat penjelasan berdasarkan foto-foto arkib Moschino yang memperlihatkan bahawa idea rekaan berinspirasikan cetakan contengan itu sudah lama mereka guna pakai. Bahkan ia sebenarnya dimulakan oleh Moschino sendiri sejak tahun 80-an dahulu.
Menurut Jeremy, sebagai seorang yang sangat perpengalaman dalam industri fesyen sesungguhnya berasa sangat terhina dengan tuduhan yang dilemparkan wanita itu dan sempat menjelaskan bahawa Moschino sama sekali tidak meniru atau mengambil idea itu bulat-bulat dari pihak Edda.
Ramai juga di antara netizen yang menyokong penjelasan Jeremy Scott dan meminta agar Edda tidak bersikap terlalu angkuh sekaligus mendakwa itu adalah idea asalnya.
Menurut kamu, siapa yang patut dipersalahkan di sini? Bagi penulis sendiri, industri fesyen ini seperti bola. Ia akan berputar mengikut arus dan zaman sampai suatu masa nanti, kamu akan terlihat ilham rekaan yang ‘hampir sama’ dan itu adalah norma yang tidak dapat dielakan. Untuk kes ini, mungkin Moschino berhak mempertahankan dirinya.