Anda kaki layan drama Korea? Orang kata drama Korea ni ‘berhantu’, bila sekali dah terjebak tengok dari episod pertama, terus dilayan sehingga ke episod akhir. Sanggup tunggu setiap hari, setiap minggu untuk mengetahui kesudahannya.
Tapi bukan semua orang mengikuti drama terkini, ada yang masih lagi layan drama lama era 2000 kerana jalan cerita dan plot yang berbeza-beza. Tidak seperti sekarang kalau tema doktor, kesemua drama pun mahu tema doktor dan sebagainya. Tidak tahu pada anda, tapi penulis sampai ke hari ini masih tonton drama lama seperti Boys Over Flowers, Coffee Prince, atau Princess Hour. Cuma masalahnya drama legend ini susah didapati dan majoriti servis penstriman lebih berminat kepada drama baru.
Untuk itu, Viu memudahkan anda. Vuclip adalah peneraju syarikat media yang menyediakan servis penstriman video atas permintaan (VOD) premium untuk tontonan pengguna di beberapa negara seluruh dunia termasuklah sekitar Asia seperti Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, India dan Egypt.
Jika anda masa, jangan lupa layan drama Korea paling legend ini. Serius semua pun best!
Bread, Love And Dreams – 2010
Apa yang menarik tentang drama ini adalah plotnya cukup kemas, pemilihan pelakon yang berkaliber dan juga babak makanan lebih-lebih lagi ketika membakar roti dan kek, cukup membuatkan kita terliur.
Kim Tak Goo adalah anak sulung Goo Il Joong, presiden Samhwa Enterprise, legenda dalam industri membakar roti. Walaupun dia adalah seorang pembuat roti yang sangat berbakat dan seolah-olah ditakdirkan untuk menggantikan bapanya sebagai presiden, tetapi pelbagai tragedi menimpa malah memusnahkan impiannya. Penentuan Tak Goo untuk menjadi nombor satu dalam industri membakar roti mendorong dia untuk mengembangkan kariernya dari awal walaupun banyak ujian yang dihadapinya.
Fashion King – 2012
Yang menarik tentang drama ini ialah lakonan tunjang utamanya Yoo Ah In yang cukup berkesan dan real serta cara lontaran dialognya juga kemas. SNSD Yuri juga memberi sisi yang berbeza dalam melakonkan watak antagonis yang jahat sekali.
Fashion King menceritakan tentang seorang pereka muda bernama Kang Young-gul yang tidak mempunyai apa-apa dan memulakan perniagaan fesyen sebagai vendor di Pasar Dongdaemun. Dia tidak mempunyai matlamat atau impian untuk masa depannya sehinggalah dia bertemu dengan Lee Ga-young yang kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan pada usia muda, kemudian dia berkembang menjadi wanita hebat yang mempunyai bakat untuk mereka bentuk fesyen.
Coffee Prince – 2007
Drama yang satu ini memang gah sampaikan pihak produksi Malaysia dan Thailand membuat remake untuk versi masing-masing. Hebatkan? Drama yang menggandingkan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye ini memang wajib tonton.
Coffee Prince menceritakan kisah percintaan antara seorang lelaki yang miliki perniagaan kafe dengan seorang gadis tomboy. Menariknya si gadis terpaksa menjadi ‘lelaki’ demi mendapatkan pekerjaan di kafe. Drama ini mengandungi unsur-unsur homoerotik, kerana si lelaki pada awalnya tidak tahu tentang jantina gadis tomboy tersebut.
Boys Over Flowers – 2009
Ini favourite penulis! Tontonlah seberapa banyak tetap menghiburkan. Boys Over Flowers adalah siri televisyen Korea Selatan tahun 2009 yang mendapat pengiktirafan penonton tertinggi di Korea Selatan dan populariti di seluruh Asia. Bahkan ia merupakan titik permulaan karier Lee Min-ho sehingga menjadi heartthrob Asia.
Siri ini berkisarkan seorang gadis biasa yang terbelenggu dalam kehidupan seorang lelaki kaya yang sombong dan kawan-kawannya. Pada yang tidak tahu Boys Over Flowers berdasarkan siri manga Jepun Hana Yori Dango yang ditulis oleh Yoko Kamio.
https://www.youtube.com/watch?v=0zcQ-oRhy9s
Secret Garden – 2010
Plot drama ini paling unik apabila si hero dan heroin bertukar badan, pelbagai adegan mencuit hati dan romantis dalam drama ini. Lakonan Hyun-bin dan Ha Ji-won sangat memberi kesan pada penonton sehingga drama ini mencatat banyak kejayaan di acara anugerah.
Secret Garden menceritakan kisah Gil Ra Im, seorang stuntwoman yang miskin dan merendah diri dan Kim Joo Won, CEO sebuah gedung mewah yang sombong dan sempurna. Kecelaruan lebih rumit apabila kedua-dua mereka secara tidak sengaja menukar badan sehingga timbulnya perasaan aneh.
Selamat Menonton!