Minggu fesyen kini sedang sibuk memperagakan pelbagai koleksi baharu yang pastinya membuat banyak mata terpersona. Disebalik peragaan pakaian, figura yang membawanya turut menjadi perhatian.
Lenggok berjalan serta memiliki wajah segar 24/7 diatas pentas bukan perkara untuk dicapai. Bayangkan ada dikalangan model yang harus mengharungi jadual kerja berjam lamanya. Namun masih terkilas cantik dan kelihatan sihat. Buat anda yang rasa kerja modelling ini senang, anda silap!
Fikir sebaiknya, anda rasa mudah untuk kekal cantik, segar, yakin dan ceria untuk masa bekerja yang panjang? Nope!
Nah, dengan tiga peraturan baru ini pasti anda boleh mencipta semula kecantikan bak supermodel pada diri anda. Ini rahsia cantik mereka tau…pssttt.
Penjagaan leher
Kalau kulit muka anda nak tegang sampai tak nampak garis halus tapi leher? Hancurs… Cuba sesekali tilik leher anda, pasti ada kedutan dan tona kulit tidak sekata.
Sebenarnya kulit dibahagian leher juga memerlukan penjagaan yang sama seperti diwajah. Segala langkah dari mulanya membuang mekap, mencuci, menyegar hinggalah memakai krim pelindung matahari wajib dimanjakan pada leher.
Urutan wajah
Memang jarang sekali kita didedahkan tentang urutan wajah. Iyalah dengar pun macam dah remeh untuk buat. Tapi dengan urutan wajah lah, ia membentuk semula keremajaan kulit dan menjadikan kulit seperti span baru menyerap mudah serum produk.
Nah daripada anda membeli berus mekap baru, cubalah pula untuk mendapatkan jade roller atau beauty stone.
Bukan segelas air
Penulis masih ingat lagi arahan keras Naomi Campbell pada mentornya dalam rancangan The Face untuk minum air sebanyak yang mungkin.
Air kosong adalah kunci segala penambahbaikan tekstur kulit anda. Kekal hidrasi dapat membantu mengurangkan kedutan, wajah sembam, mengawal hormon dan pengeluaran minyak dari sebum. Jika anda payah untuk menelan air kosong, apa kata tambah hirisan lemon dalam air.
Jadi janganlah ingat semata-mata supermodel cantik sejak lahir tapi fikirlah cara mereka menjaga kecantikan untuk mencari duit. Kalau mereka boleh, anda pun boleh bagi menaikkan seri semulajadi sendiri!