Nak beli koleksi jenama tempatan Mimpikita, tak semua orang mampu kerana harganya yang boleh tahan mahal.
Oleh itu, Nestlé Ice Cream Malaysia dan jenama fesyen tempatan Mimpikita melancarkan dua beg koleksi terhad dalam satu kolaborasi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai Oktober ini. Semuanya sempena meraikan wanita-wanita moden hari ini.
Dunia moden hari ini, semua wanita boleh digelar adi wira. Tetapi adi wira bukan hanya mereka yang memakai topeng dan mantel. Mereka adalah ibu suri rumah yang sentiasa memastikan keadaan rumah tangganya tenteram dan teratur; atau wanita berkerjaya yang saban hari menginjak sempadan kejayaan mereka, mahupun para pelajar wanita yang berusaha keras untuk masa hadapan yang cerah untuk masyarakat.
https://www.instagram.com/p/Bobtcn_FV-k/?taken-by=wanistadotcom
Beg keluaran terhad ini boleh didapati dalam dua reka bentuk yang unik dan serasi. Kolaborasi ini meraikan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang menjadikan mereka unik. Semua sifat ini diterjemah dengan sempurna dalam dua rekaan – Zara yang menampilkan bentuk geometri kental dengan warna yang cerah, sesuai untuk wanita yang berani menongkah arus; dan Jasmine, yang mempunyai penampilan reka bentuk lebih lembut dalam warna pastel manis untuk penampilan yang lebih feminin dan lembut.
Beg keluaran terhad ini boleh didapati di acara jelajah Nestlé terpilih di seluruh negara dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018 dengan pembelian mana-mana produk Nestlé Ice Cream bernilai minimum RM25.