Kalau sebelum ini Lisa, Jisoo dan Rose mencuri tumpuan ketika menghadiri Minggu Fesyen New York, kali ini giliran si cantik manis Jennie pula.
Digelar “Human Chanel”, Blackpink Jennie tiba di Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen label ikonik Chanel. Trending di media sosial, ternyata peminat dan orang ramai tidak sabar mahu melihat Jennie debut di minggu fesyen.
Idol muda 22 tahun ini tampil dalam kombo tweed untuk suit dan pants serta tas tangan dari rona hijau lembut. Keseluruhan ensemble menonjolkan tubuh badannya yang langsing dan genit. Dengan solekan dibuat ‘no makeup look’ untuk menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi dan rambut yang dibiar tanpa sebarang dandanan. Sesuailah dengan imejnya sebagai muse Chanel, yang serba-serbi ringkas tapi masih tampak kelas.
Cantik sungguh Jennie ni. Tengok banyak kali pun tak bosan.
Suka tengok selebriti yang tidak terlalu over the top dalam berfesyen. Simple tapi eksklusif dan selesa.