Kalau anda tidak kenal siapa Oprah Winfrey memang rugi…
Beliau dahulunya bermula dengan dunia kewartawanan dan kemudian mengubah konsep dunia wawancara berbentuk wanita lebih terbuka. Oprah Winfrey tersenarai dalam kedudukan wanita berjaya di dunia dan mengunguli carta Forbes dengan memiliki harta sehingga $3 bilion.
Ramai menganggap Oprah seorang yang berjimat, eh tidak ya! Beliau suka berbelanja mewah dan juga menderma kepada pelbagai badan kebajikan. Namun duit langsung tidak pernah surut. Ini kerana Oprah bijak dalam menguruskan kewangan dan melabur dalam banyak urusan hartanah. Program televisyen pun Oprah dah ada atas namanya, jadi macam mana duit tak pernah habis? Hmmmm…
Bila dah ada duit sehingga berbilion banyaknya, mari kita lihat apa yang Oprah lakukan dengan duit sebanyak itu..
Pernah menghabiskan sebanyak $100 juta membeli hartanah seluruh dunia. Antaranya di California, Maui, Colorado dan banyak lagi!
Mengelilingi dunia. Kebanyakan masa Oprah ialah dengan melancong bersama rakan-rakan baiknya. Beliau langsung tidak kedekut, malah membawa juga pekerja OWN (Oprah Winfrey Network) pergi bercuti di Maui. Ada sumber mengatakan Oprah berhabis $9.2 juta khas untuk pekerja beliau ketika bercuti 10 hari menaiki kapal persiaran. Mampu?!
Tidak itu sahaja, Oprah banyak mengeluarkan wang beliau demi meningkatkan taraf kebajikan kepada anak-anak Afrika, badan kesihatan dan pertubuhan atau persatuan wanita. Kiraan kasar duit yang beliau berhabis untuk semua ini hampir $300 juta. Kenapa Oprah sanggup lakukan semua ini? Beliau berpegang kepada kata-kata ‘You get from the world what you give to the world’.
BACA: Pilih Tak Nak Ada Anak, 5 Aktres Cantik Ni Langsung Tak Menyesal
Bagusnya tentang Oprah, bila berbelanja atau menderma langsung tak update dimana-mana media sosial. Buat diam-diam untuk diri sendiri cukuplah.