Bila datangnya musim nak travel, mulalah timbul dua pilihan samada untuk travel solo atau bersama rakan-rakan. Memang keduanya ada perbezaan baik dan buruk tapi bila diluaskan lagi skop ternyata travel beramai masih dianggap paling selamat lebih lagi untuk kaum wanita. Jika anda tidak cekal untuk berjalan seorang diri maka anda harus cekal serta tabah mengharungi bermacam jenis perangai rakan anda.
Wanista harap anda berhati-hati dalam memilih rakan untuk travel sebab anda tidak akan kenal seseorang sehinggalah anda mengembara bersamanya.
Percayalah lima perangai spoil rakan anda ini boleh menukar percutian indah kepada jalan kepada putus kawan!
#1 Emosi tidak menentu
Lagi kalau perempuan!
Aduhai..sampai emosi anda turut jadi terganggu bila hendak melayan dengan orang yang mudah mengikut emosi. Lebih penat bila apa yang dirancang semuanya tidak mahu dituruti bila sampai ke destinasi. Jika boleh elakkan travel dengan bersama rakan yang mudah sentap bila bergurau atau tidak pernah berdikari. Kalau anda bawa orang sebegini bila travel umpama anda bawa budak 2 tahun.
#2 Selalu cari tandas
Melambatkan masa dan boleh menghancurkan segala rancangan.
Tidak kenal masa atau tempat pasti tandas juga yang ingin dicari. Ini travel ke pusat pelancongan atau tandas sebenarnya? Antara jenis rakan yang suka ke tandas ialah mereka yang gemar berdandan, menjaga #ootd atau mengalami masalah kesihatan.
#3 Tidak mahu ikut plan
Kalau dia terus menolak plan anda, buat apa mahu ajak bukan? Tinggalkan sahaja di Malaysia…
#4 Bangun lewat
Serious talk, jangan sesekali bawa orang yang suka bangun lewat.
Waktu yang perlu dikejar bila travel ialah pada waktu pagi. Jika anda lambat bangun sekaligus aturan jadual akan terganggu malah lebih parah destinasi yang mempunyai waktu operasi boleh
#5 Nak jadi ‘kepala’
Masalah juga bila dengan kawan yang mempunyai semangat kepimpinan terlalu tinggi. Semua benda dia mahu kawal dan ada masanya bertindak umpama guru dalam lawatan sekolah. Orang macam ini boleh buat mood orang lain jadi tak best.
Biasalah manusia tidak sempurna dan berbeza-beza, bukanlah kita hendak memilih bila berkawan cumanya berhati-hati lebih lagi bila sampai bab travel.
So, dalam kepala dah tahu nak ajak siapa?