Makan salad memang bagus, lebih-lebih lagi pada anda yang mengamalkan diet harian. Tapi baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita satu jenama salad segar yang didakwa dicemari bahan kimia malah merbahaya.
Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) berjenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia Fipronil. Berikutan daripada itu, jualan produk ini telah diarahkan untuk dihentikan serta merta. Bahkan Singapura juga telah mengarahkan produk salad berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia ditarik balik dari pasaran negara tersebut selepas mendapati bahan kimia fipronil telah mencemari produk berkenaan. Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.
Fakta Bahan Kimia Fipronil
Fipronil adalah sejens racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Fipronil adalah serbuk berwarna putih dengan bau yang kurang enak. Fipronil terdapat dalam pelbagai produk racun untuk mengawal serangga di dalam rumah atau digunakan dalam industri pertanian.
Bahaya Jika Mengambilnya…
Seseorang mungkin diracuni fipronil melalui sentuhan langsung kulit atau mata, bernafas udara atau memakan makanan (sayur-sayuran seperti salad) mengandungi fipronil. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.
Jika anda mendapati terdapat pencemaran atau keracunan pada produk makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri di SINI